Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan dari 5 April 1960 - 14 April 1967. Baginda merupakan putera sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaituAlmarhum Tuanku Abdul Rahman melalui Tuanku Maharum.
Baginda menaiki takhta Yang di-Pertuan Besar apabila ayahanda baginda mangkat pada 1 April 1960 ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong. Adinda baginda iaitu Tuanku Ja’afar ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 selepas kemangkatan baginda. Ketika kemangkatan baginda, anakanda baginda berusia 18 tahun dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahmanmencadangkan agar adinda baginda mengambil alih takhta dan menjadi Yang Di-Pertuan Besar. Anakanda baginda, Tuanku Muhrizmerupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan Tuanku Ja'afar yang mangkat pada 27 Disember 2008.
No comments:
Post a Comment