Monday 19 December 2011

Al-kisah Pertalian Darah Kesultanan Langkat dengan Kesultanan Melayu Kedah & Selangor



Isteri pertama Tuanku Sultan, Tengku Mahsuri Tengku Alautiah binti Raja Muda Tengku Sulaiman dari Kerabat Diraja Deli telah mangkat pada di Tanjung Pura, Langkat pada 31/10/1897. Sebagai pengantinya pada Januari 1898, Sultan Abdul Aziz telah berkahwin dengan YTM Tengku Aisha binti Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II kemudianya ditabalkan dengan gelaran Tengku Permaisuri. Tengku Permaisuri merupakan puteri Sultan Kedah Ke-24 dari bondanya YTM Tengku Miriam binti Tengku Ziauddin atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin.

Pada Disember 1919, Tuanku Sultan berkahwin dengan YTM Tengku Putri Zahara binti SultanAlaeddin Sulaiman Shah, puteri Sultan Selangor Selangor ke-4 (1898 – 1938) sebagai isteri baginda yang ke-7. YTM Tengku Puteri Zaharah kemudiannya ditabalkan sebagai Tengku Permaisuri Langkat selepas perkahwinannya Tuanku Sultan. Bonda Tengku Permaisuri adalah KDYMM Tengku Ampuan Maharum binti Tengku Ziauddin (Tengku Kudin dari Kedah).

Sebagai tambahan untuk menambah ilmu, hasil daripada perkahwinan Tuanku Sultan Langkat dan Tengku Permaisuri Zaharah maka lahirlah Tengku Rahimah yang kemudiannya bergelar KDYMM Tengku Ampuan Selangor, Tengku Ampuan Rahimah binti Al-Marhum Sultan Abdul Aziz (Sultan Langkat) iaitu permaisuri kepada Al - Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor ke 5 & Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke-11.

1 comment:

  1. salam ...saya ada pertanyaan YTM Tengku Aisha binti Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II mempunyai abang kandung yang terpisah ...adakah pihak tuan tahu mengenai hal ini? saya masih mencari kisah tentang abang kandung bagi Tengku Aisha ini.harap pihak tuan dapat membantu dalam hal ini ..

    ReplyDelete