Showing posts with label Dokumentari Semasa. Show all posts
Showing posts with label Dokumentari Semasa. Show all posts

Saturday, 28 January 2012

Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun Dianugerahkan D.M.N


27.01.2012, Jumaat - Menjunjung Kasih Ucapan Tahniah kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong KDYMM Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun kerana telah dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) daripada Kerajaan Malaysia. Darjah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis ini adalah Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishsh dan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Darjah Utama Seri Mahkota Negara atau D.M.N ini dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya. Selain daripada itu iannya dikurniakan kepada Anak-anak Raja Negara Asing, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama. D.M.N. ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Kalung Darjah mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang. Bintang dan Bulan Sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan. Lencana Darjah ini diperbuat daripada bintang pecah lima. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan hujungnya berikat reben. Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.
Sumber : Bernama/Wikipedia

Tuesday, 24 January 2012

Sultan Perak dan Kerabat Diraja Meriahkan Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

24.01.2012, Selasa - Semalam sempena sambutan Tahun Baru Cina, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahi-lah telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Malis anjuran kerajaan negeri ini turut dihadiri oleh DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan isteri, DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan dan isteri, DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan serta 5,000 tetamu terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya kepada Bernama menyifatkan pihak yang menyebarkan khabar angin melalui sms bahawa sambutan hari ini akan dibatalkan sebagai "Perbuatan Nakal". Sambutan bermula jam 11:00hrs hingga 15;00hrs dimana Para hadirin telah dihiburkan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan negeri Perak serta persembahan beberapa orang artis tempatan. Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Perak yang telah merealisasikan semangat 1 Malaysia demi perpaduan diantara kaun di Malaysia.

Sumber :- Bernama

Monday, 23 January 2012

Dunia Tersembunyi - Episod 02 (Tangisan Pengantin)


Budaya Pengantin Menangis di suatu kawasan Pendalaman di Negra Cina sejak ratusan tahun dulu masih diamalkan sehingga kini. Saksikanlah kerana ini juga merupakan topik yang menarik dari kisah Dunia Tersembunyi TV3.

Dunia Tersembunyi - Episod 01 (Rambu Solok)

Babak ini menggambarkan sedikit sebanyak bagaimana rupa, kebudayaan & adat2 yang masih diamalkan oleh kaum ibu mertuaku sehingga kini. Diharap ia akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang apakah namanya Toraja dan dari mana datangnya suku bangsa Toraja ini.

Selamat menonton sedutan dari rencana TV3 - Dunia Tersembunyi (Rambu Solok) ini...

Dunia Tersembunyi - Episod 01 (Rambu Solok)

Babak ini menggambarkan sedikit sebanyak bagaimana rupa, kebudayaan & adat2 yang masih diamalkan oleh kaum ibu mertuaku sehingga kini. Diharap ia akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang apakah namanya Toraja dan dari mana datangnya suku bangsa Toraja ini.

Selamat menonton sedutan dari rencana TV3 - Dunia Tersembunyi (Rambu Solok) ini...