Tuesday 31 January 2012

Wilayah Persekutuan nadi negara


KUALA LUMPUR 31 Jan. — Wilayah Persekutuan sebagai "penampilan" negara, harus menjadi lambang terbaik bagi kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang ada di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Wilayah Persekutuan merupakan cerminan wajah Malaysia kepada dunia dan ia membentuk tanggapan pertama pelawat, pelancong dan pelabur yang datang.

"Sesungguhnya Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan pusat komersial, Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan adalah nadi penting kepada negara.

"Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata-mata melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yang dikaitkan dengan urbanisasi, sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yang hijau, ceria dan dengan alam sekitar yang sihat.

"Wilayah Persekutuan yang bugar sebagai pusat ilmu, kebudayaan, kesenian, fesyen dan kulinari," katanya dalam perutusan Hari Wilayah 2012 yang dimuatkan dalam laman blog beliau, www.1Malaysia.com.my, hari ini.

Najib turut mengajak rakyat menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat terbaik untuk anak-anak dan keluarga mereka.

"Marilah kita jadikan impian kita ini suatu realiti. Bagi menggarap masa depan tersebut, warga Wilayah Persekutuan perlu berganding bahu bersama-sama bergerak ke arah apa yang direncanakan," katanya. - BERNAMA

Kepala babi ditemui di Masjid Nurul Iman, Rawang Posted on the February 1st, 2012


Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.
Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.
Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.
Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Surah Al-Kahfi


Rasulullah bsabda:
Siapa yg mmbaca surat al-Kahfi di hari jumat maka diterangi cahaya antara dua jumat.( hr an Nasai,al Baihaqi & disahihkan syaikh al-Albani).

Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa 'ala alihi wa sallam bersabda,
"Barangsiapa yang hafal sepuluh ayat pertama dari surat al-Kahfi, maka dia akan terjaga dari fitnah Dajjal."
(HR. Muslim, no. 809, Ahmad, VI/449)

surat al-ikhlas senilai 1/3 alQuran, al-Kafirun senilai 1/4 alQuran, kduanya dbaca Nabi ktika shlat qabliyah subuh. (Sahih Targhib).
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Shalat (sunnah) dua raka'at sebelum Shubuh lebih baik dari pada dunia dan seisinya."
(HR. Muslim, no. 725)
Surah Al-Kahf (Revealed in Mecca), Ayat Number: 1-110
utk rujukan disertakan surah Al-Kahfi dr ayat( 1-4)

Doa Hari Rabu




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ جَعَلَ اللَّيْلَ لِبَاسًا وَ النَّوْمَ سُبَاتًا وَ جَعَلَ النَّهَارَ نُشُوْرًا، لَكَ الْحَمْدُ أَنْ بَعَثْتَنِيْ مِنْ

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan malam sebagai baju, menjadikan tidur sebagai ketenangan, dan menjadikan siang sebagai tempat untuk beraktifitas, segala puji bagi-Mu yang telah membangkitkanku dari

مَرْقَدِيْ وَ لَوْ شِئْتَ جَعَلْتَهُ سَرْمَدًا حَمْدًا دَائِمًا لاَ يَنْقَطِعُ أَبَدًا وَ لاَ يُحْصِيْ لَهُ الْخَلاَئِقُ عَدَدًا، اَللَّهُمَّ لَكَ

tidurku, dan jika Engkau menghendaki, niscaya akan Kau jadikan sebagai tidur abadi, pujian abadi yang tak ‘kan pernah terputus dan tak terhitung jumlahnya oleh para makhluk, ya Allah, segala puji bagi-Mu

الْحَمْدُ أَنْ خَلَقْتَ فَسَوَّيْتَ وَ قَدَّرْتَ وَ قَضَيْتَ وَ أَمَتَّ وَ أَحْيَيْتَ وَ أَمْرَضْتَ وَ شَفَيْتَ وَ عَافَيْتَ وَ

yang telah mencipta lalu memperindah (ciptaan itu), menentukan Qadâ` dan Qadarnya, mematikan dan menghidupkan, menyakitkan dan menyembuhkan, menganugerahkankeselamatan dan

أَبْلَيْتَ، وَ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَيْتَ وَ عَلَى الْمُلْكِ احْتَوَيْتَ، أَدْعُوْكَ دُعَاءَ مَنْ ضَعُفَتْ وَسِيْلَتُهُ،

menurunkan mala petaka, bersemayam di atas ‘Arsy dan menguasai segala kerajaan, aku memanjatkan doa kepada-Mu bak orang yang t’lah tak berdaya,

وَ انْقَطَعَتْ حِيْلَتُهُ وَ اقْتَرَبَ أَجَلُهُ وَ تَدَانَى فِي الدُّنْيَا أَمَلُهُ وَ اشْتَدَّتْ إِلَى رَحْمَتِكَ فَاقَتُهُ وَ عَظُمَتْ

sudah dekat ajalnya, sudah pupus di dunia harapannya, sangat memerlukan kepada rahmat-Mu kemiskinannya, telah melangit

لِتَفْرِيْطِهِ حَسْرَتُهُ وَ كَثُرَتْ زَلَّتُهُ وَ عَثْرَتُهُ وَ خَلُصَتْ لِوَجْهِكَ تَوْبَتُهُ، فَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ خَاتَمِ النَّبِيِّيْنَ

karena kelengahannya penyesalannya, telah menggunung kesalahannya, dan murni demi Dia seorang taubatnya, limpahkan salawat atas Muhammad, penutup segenap para nabi

وَ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ الطَّيِّبِيْنَ الطَّاهِرِيْنَ وَ ارْزُقْنِيْ شَفَاعَةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ آلِهِ وَ لا تَحْرِمْنِيْ

dan atas keluarganya yang suci, anugerahkanlah kepadaku syafa’at Muhammad SAWW dan jangan Kau pisahkan aku darinya,

صُحْبَتَهُ، إِنَّكَ أَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ اقْضِ لِيْ فِي الْأَرْبَعَاءِ أَرْبَعًا: اجْعَلْ قُوَّتِيْ فِيْ طَاعَتِكَ وَ

sesungguhnya Engkau lebih pengasih dari para pengasih, ya Allah, takdirkanlah bagiku empat hal di hari Rabu ini : kuatkanlah aku dalam menaati-Mu,

نَشَاطِيْ فِيْ عِبَادَتِكَ وَ رَغْبَتِيْ فِيْ ثَوَابِكَ وَ زُهْدِيْ فِيْمَا يُوْجِبُ لِيْ أَلِيْمَ عِقَابِكَ، إِنَّكَ لَطِيْفٌ لِمَا تَشَاءُ

berilah semangat kepadaku dalam beribadah kepada-Mu, rindukanlah aku akan pahala-Mu, dan jauhkanlah aku dari setiap perilaku yang dapat menyebabkan siksa-Mu yang pedih, sesungguhnya Engkau Maha Lembut atas segala yang Kau kehendaki.

Saturday 28 January 2012

Tuanku Mizan Hadiri Taklimat Pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu


26.01.2011, Khamis - Hari ini Sultan Terengganu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri taklimat mengenai pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu. Turut serta mengiringi baginda adalah Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad Said. Kelihatan Tuanku Mizan begitu teruja dengan cenderahati berupa alat muzik tradisional Nafiri ketika menerimanya daripada Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato' Haji Adzlan Mohd. Dagang. Majlis penerangan ini diadakan di Bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Menara Permint, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sumber : Bernama

Pelajar tak faham al-Fatihah

Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan dan membimbangkan apabila kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memahami maksud surah al-Fatihah yang menjadi salah satu daripada 13 rukun solat.
Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, hasil kajian dijalankannya mendapati lebih 80 peratus pelajar tingkatan dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti gagal menjelaskan makna dan terjemahan surah berkenaan.

“Perkembangan itu ternyata membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam sembahyang sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim sejati yang dituntut agama.

“Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang...bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul saja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar ketika Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) di Kelab Sultan Sulaiman di sini, pagi semalam.

Pengerusi Panel Pendidikan MPM, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar bertindak sebagai moderator forum itu manakala ahli panel terdiri daripada Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Prof Datuk Dr Md Zabid Abdul Rashid; Presiden Institut Pemasaran, Datuk Sharifah Mohd Ismail dan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Dr A Rahim A Rashid.

Pada masa sama, Dr Isahak menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar Melayu dari tahun dua hingga tingkatan lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, mereka dikhuatiri bukan saja terus lemah dalam dua subjek teras itu, malah gagal menimba ilmu di sekolah sehingga terjerumus ke dalam gejala negatif bagi membuktikan kebolehan dan kelebihan masing-masing.
Posted by property consultant at 02:53  

Makam Tengku Ampuan Brunei di Makam Diraja Selangor

Alfatihah
TENGKU AMPUAN BRUNEI
Almarhumah Tengku Raihani binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah
(11.10.1911 - 22.09.1993)

Gambar diambil oleh Syah semasa ziarah ke Makam Diraja Selangor pada 15.01.2011 lepas.


05.02.2011, Sabtu - Makam Tengku Ampuan Brunei di Makam Diraja Selangor. Pelikan mengapa makam Tengku Ampuan Brunei dimakamkan di Selangor, Malaysia. Sebenarnya Tengku Ampuan Brunei, Almarhumah Tengku Raihani binti Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah merupakan salah seorang puteri kepada Sultan Selangor Ke-5. Tengku Raihani berkahwin dengan Sultan Ahmad Tajuddin Akahazul Khairi Waddin pada tahun 1934 dan dikurniakan dengan seorang puteri sahaja. Apabila Almarhum paduka suaminya mangkat secara mengegut di Singapura pada 04.06.1950, Almarhumah telah pulang semula ke Selangor bersama-sama puterinya. Ayahanda Sultan Brunei sekarang menggantikan Almarhum sebagai Sultan Brunei yang baru kerana Almarhum tidak mempunyai putera walaupun dengan isteri kedua baginda.

Gambar perkahwinan diantara Tengku Raihani dan Sultan Ahmad Tajuddin ini dirakamkan di Istana Mahkota Puri, Bandar Diraja Klang, Selangor pada April 1934. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad Tajuddin, Tengku Raihani kemudiannya berkahwin dengan kerabat diraja Perak, Raja Kamaluddin ibni Raja Harun Al-Rashid iaitu cucunda kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah 1 atau Marhum Rahmatullah yang merupakan Sultan Perak ke-28. Tengku Ampuan Raihani mangkat pada 22.09.1993 dalam usia 82 tahun. Tengku Raihani dimakamkan didalam Bangunan Makam Tengku Ampuan di Makam Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang, Selangor kerana tarafnya sebagai seorang kerabat diraja Selangor yang mempunyai status Tengku Ampuan.
Christoper Buyer dalam laman web Royalark menyatakan, Tengku Ampuan Raihani pernah berkahwin dengan adinda Raja Kamaluddin iaitu Raja Dato' Badri Shah. Walau bagaimanapun perkara ini dinafikan sendiri oleh Ku Cik (Raja Izaliah) iaitu anak perempuan Dato' Raja Badri Shah. Beliau memaklumkan kepada Syah bahawa Ayahandanya hanya berkahwin dengan Raja Embin Izmah binti Almarhum Sultan Abdul Jalil, Sultan Perak Ke-29 (nenda DYMM Sultan Selangor sekarang) sebagai isteri pertamanya (kemudian bercerai) dan Raja Norhira binti Raja Shahruddin sahaja.

Sultan Johor Mansuhkan JP

17.02.2011, Khamis - Hari ini Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memutuskan untuk memansuhkan jawatan dan kuasa JP atau Jaksa Pendamai bagi Negeri Johor berkuat kuasa serta merta. Selepas ini tidak akan ada tauliah untuk JP di Johor. Alasan pemansuhan ini adalah kerana kuasa Jaksa Pendamai adalah menyamai Majistret Kelas 2 dan iannya tidak lagi relevan buat masa ini di Johor. Mengikut rekod, semenjak iannya ditauliahkan semenjak 1948 sehinggan 1980, seramai 55 individu telah menerimanya dan hanya empat sahaja yang masih hidup hingga hari ini.
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli memaklumkan bahawa penerima JP di Johor kebanyakannya adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri yang menjalankan tugas sebagai JP kerana kekurangan Majistret sebelum ini. Pada waktu ini bilangan Majistret disetiap daerah di Johor adalah mencukupi. Sehubungan dengan itu tugas-tugas JP adalah tidak relevant lagi buat masa ini. Penganugerahan JP selaras dengan Peruntukan Seksyen 98 Akta Mahkamah Rendah 1948 dan penerima hanya boleh mengendalikan kes-kes kecil dengan jumlah kompaun tidak melebihi RM300.00 sahaja.

Kenali Nenda Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj

01.02.2011, Selasa - Setiap individu mempunyai ibu dan bapa serta datuk dan nenek. Kebanyakan dari kita semua mengenali datuk dan nenek kita kecuali jika mereka sudah meninggal dunia sebelum kita dilahirkan. Untuk Entry kali ini, Syah ingin berkongsi maklumat bersama anda semua mengenai Nda-Nda iaitu datuk dan nenek kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Ayahanda Sultan Selangor adalah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj merupakan Sultan Selangor Ke-8 dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI manakala bonda baginda adalah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah atau lebih dikenali sebagai Ku Lat sebelum menjadi raja bergelar. YMM Paduka Bonda Raja Selangor sekarang menetap di Shah Alam, Selangor. Ayahanda dan bonda Tuanku telah bercerai sebelum Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj menjadi Sultan Selangor. Tahukah anda bahawa DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mempunyai pertalian darah dengan Kerabat Diraja Perak disebelah bonda baginda.
Nenda sebelah ayahanda DYMM Sultan Selangor adalah :-
  • Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah merupakan Sultan Selangor Ke-7 dan Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-2. Almarhum diputerakan pada 13.05.1898. Almarhum dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 14.04.1960. Walau bagaimanapun Almarhum tidak sempat menghabiskan tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong apabila Almarhum mangkat pada 01.09.1960 dan hanya sempat memegang jawatan berkenaan selama lebih kurang 4 bulan 16 hari sahaja. Baginda dimakamkan di Makam DiRaja Selangor, Bandar Diraja Klang.
  • Almarhumah Tengku Ampuan Jema'ah binti Almarhum Raja Ahmad merupakan Tengku Ampuan Selangor dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-2. Almarhumah diputerikan di Bandar Termasha, Kuala Langat, Selangor sekitar tahun 1900. Berkahwin dengan Almarhum Sultan Hisamuddin pada 1920 dan melahirkan, Tengku Abdul Aziz (Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) enam tahun kemudiannya. Almarhum Sultan Hishamuddin mempunyai tujuh orang cahayamata iaitu empat putera dan tiga puteri termasuklah YMM Tengku Ampuan Bariah, Mantan Tengku Ampuan Besar Terengganu (bonda tiri Tuanku Mizan) dan Raja Puan Muda Kedah, DYTM Tunku Hajjah Raudzah . Almarhumah Tengku Ampuan Jema'ah hanya melahirkan seorang putera sahaja manakala selebihnya adalah anakanda kepada Che Puan Hajjah Kalsom, isteri kedua Almarhun Sultan Hisamuddin. Pada tahun 1952 Almarhumah menunaikan fardu haji bersama paduka suami baginda di Mekah Al-Mukarmah. Almarhumah dan Almarhum Sultan Hisamuddin menghadiri majlis pertabalan Queen Elizabeth II pada 02.06.1953 di Westminister Abbey, London. Almarhumah mangkat pada 08.04.1973 dan dimakamkan Di Makam Diraja Selangor, bandar Diraja Klang.
Makan Almarhum Tengku Bendahara Selangor Tengku Badar Shah di Makam Diraja Selangor. Gambar diambil semasa ziarah Syah ke Makam Diraja Selangor pada 15.01.2011.
Nenda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Syah Alhaj di sebelah bonda baginda, YMM Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah adalah :-
  • Amlarhum Tengku Bendahara Selangor Tengku Badar Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah. Almarhum Tengku Badar Shah merupakan anakanda kedua Sultan Selangor Ke-5, Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah daripada surinya Che Hasnah bt Pilong. Almarhum Sultan Hisamuddin yang merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Sulaiman dan Almarhum Tengku Badar merupakan adik beradik seibu sebapa (bonda yang sama). Sehubungan dengan itu, Ayahanda dan Bonda DYMM Sultan Sarafuddin Idris Shah berkahwin sepupu. Almarhum Tengku Badar Shah dikurniakan dengan dua orang Putera dan empat orang Putri hasi perkahwinannya dengan Raja Embin Izmah binti Sultan Abdul Jalil, Raja Nur binti Raja Juma'at dan Raja Indera binti Raja Ahmad. Almarhum Tengku Badar Shah diputerakan pada 18.04.1893 dan mangkat dalam usia 52 tahun pada 30.10.1945 dan dimakamkan di Makam Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang.
Makam Nenda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj iaitu Almarhumah YAM Raja Embin Izmah binti Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak). Gambar diambil sewaktu lawatan Syah ke Makam Diraja Selangor pada 15.01.2011.

  • Almarhumah YAM Raja Embin Izmah binti Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak) merupakan nenda kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan bonda kepada YMM Paduka Bonda Raja Selangor. Almarhumah Raja Embin berkahwin dengan Almarhum Tengku Badar Shah pada 1917, kemudiannya berpisah dan balik ke Perak dan berkahwin semula sebagai isteri pertama Almarhum Raja Dato' Badri Shah ibni Almarhum Raja Haji Harun Al-Rashid dan kemudiannya berpisah. Hasil perkahwinan Almarhumah dengan Almarhum Tengku Badar Shah dikurniakan dengan tiga orang puteri termasuklan YMM Paduka Bonda Raja Selangor. Manakala dengan Almarhum Raja Dato' Badri pula dikurniakan seorang puteri. Almarhumah mangkat pada 24.05.1980 dan dimakamkan sebaris dengan Almarhum Tengku Badar Shah dengan jarak 8 buah makam. Makam Almarhum Tengku Badar Shah bernombor 9 manakala Almarhumah di nombor 18 di Makam Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang.
Gambar ini syah dapat daripada anakanda tiri Almarhumah YAM Raja Embin, Ku Chick @ YM Raja Nor Izaliah bt Almarhum Raja Dato' Badri Shah. Menurut Ku Chik, Almarhumah bolehlah digambarkan sebagai "Very Stylish Lady" pada masa itu. Dari kiri ke kanan, Raja Zainanur bt Raja Harun Al-Rashid, Raja Yan binti Raja Badiozaman, Bonda Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, KDYMM Tengku Ampuan Pahang Raja Fatimah bt Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Perak), Bonda Tiri DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, DYMM Raja Perempuan Ta'ayah bt Raja Abdul Hamid, Tengku Mariam Khalida bt Tengku Ibrahim (diatas pangkuan Raja Perempuan Ta'ayah), YAM Raja Embin Izmah bt Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak) dan YM Raja Iznin bt Raja Dato' Badri Shah (diatas pangkuan YAM Raja Embin).

Gelaran Baru Sultanah Nora dan Sultanah Zanariah

Sultanah Zanariah Iskandar kini bergelar YAM Tunku Puan Zanariah Iskandar

17.02.2011, Khamis - Dengan Titah Perintah Sultan Johor Darul Takzim, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Gelaran Diraja bagi Bonda Tiri Baginda, Sultanah Zanariah Iskandar telah digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Iskandar dan hendaklah dibahasakan sebagai TUNKU PUAN atau TUNKU sahaja dan bukannya TUANKU. Tunku Puan merupakan permaisuri kepada Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Ke-4 Era Moden.
Sultanah Nora Ismail kini bergelar YAM Tunku Puan Nora Ismail
Begitu juga dengan Gelaran Diraja Nenda Tiri Baginda iaitu Sultanah Nora Ismail telah digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail dan hendaklah dibahasakan sebagai TUNKU PUAN atau TUNKU sahaja dan bukannya TUANKU. Tunku Puan merupakan permaisuri kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Ke-3 Era Moden.
Bonda Tiri dan Nenda Tiri Tuanku Sultan Johor iaitu YAM Tengku Puan Zanariah Iskandar dan YAM Tunku Puan Nora Ismail merupakan adik beradik iaitu puteri kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Ahmad Panglima Raja dari Kesultanan Kelantan Darul Naim. YBM Tengku Ahmad Panglima Raja adalah individu yang memahkotakan DYMM Sultan Ismail Petra sebagai Al-Sultan Kelantan pada hari pertabalan baginda pada tanggal 30.08.1980. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar, Almarhum tidak pernah menggantikan gelaran Sultanah yang digunapakai oleh bonda tiri Baginda iaitu Tunku Puan Nora Ismail (Sultanah Nora Ismail). Tidak diketahui mengapa gelaran kepada kedua-dua individu ini diganti semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, walau bagaimanapun DYMM Sultan Ibrahim sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Johor Darul Takzim dan Tanah Jajahannya mempunyai kuasa dalam perkara ini dan kita harus menghormati akur atas segala keputusan Baginda.
Kenyataan berhubung perkara ini telah dikeluarkan oleh Pihak Istana Johor melalui Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli hari ini.

Suruhanjaya diraja tidak perlu


MUHYIDDIN Yassin diiringi Anggota Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika hadir pada taklimat khas UMNO Bahagian Putrajaya di Pejabat UMNO, Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 27 Jan. - Kerajaan tidak bercadang menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat pelaksanaan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, penjelasan Jabatan Audit Negara, dua hari lepas serta siasatan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memadai untuk menentukan status sebenar projek tersebut.
Katanya, kerajaan sendiri telah melantik firma perunding perakaunan yang menjalankan proses penilaian berhemat bagi melihat status kewangan syarikat dari segi perbelanjaan, pinjaman yang telah dikeluarkan dan baki wang.
"Saya rasa langkah-langkah itu memadai kerana tujuan kita adalah menentukan status sebenar projek NFC.
"Kita juga berharap hasil siasatan dapat disiapkan segera jadi kita dapat tahu kedudukan sebenar," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat khas UMNO Bahagian Putrajaya di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri ditanya gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat pelaksanaan projek NFC.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kenyataan pelbagai pihak bahawa projek NFC gagal dan kucar-kacir telah dinafikan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih berpendapat ada perkara perlu diambil kira dari segi penambahbaikan supaya projek itu dapat menjadi projek yang berdaya maju.
"Mungkin pembangkang mahu lihat projek itu gagal, kalau gagal sahlah pandangan mereka betul. Namun sebagai projek yang didokong oleh kerajaan dan dilaksanakan swasta kita mahu projek itu berdaya maju," katanya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, bukan sahaja projek NFC mengalami masalah, ada macam-macam projek kerajaan yang lain turut menuntut penambahbaikan.
Katanya, kerajaan sentiasa mengambil langkah memperbaiki projek-projek yang bermasalah dan tidak timbul soal NFC gagal kerana sehingga kini ia masih beroperasi.
"Projek itu masih beroperasi, semasa kita bercakap ini pun projek itu masih berjalan. Yang penting kita nak tentukan apa masalah projek itu dan saya percaya apabila laporan siap kelak kita tahu kedudukan sebenar," katanya.
Kelmarin, Jabatan Audit Negara mengeluarkan kenyataan menjelaskan tidak pernah menyebut projek NFC gagal atau kucar-kacir sebaliknya yang menjadi fokus utama Laporan Ketua Audit Negara adalah pengauditan prestasi NFC sejak ditubuhkan pada 2006.
Muhyiddin minggu lalu mengumumkan keputusan kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi melindungi kepentingan kerajaan dalam projek NFC.
Antara tugas firma tersebut adalah menjalankan penilaian berhemat selain melakukan audit projek dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan serta kewangan. Tugasan itu dijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan.

Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun Dianugerahkan D.M.N


27.01.2012, Jumaat - Menjunjung Kasih Ucapan Tahniah kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong KDYMM Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun kerana telah dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) daripada Kerajaan Malaysia. Darjah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis ini adalah Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishsh dan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Darjah Utama Seri Mahkota Negara atau D.M.N ini dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya. Selain daripada itu iannya dikurniakan kepada Anak-anak Raja Negara Asing, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama. D.M.N. ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Kalung Darjah mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang. Bintang dan Bulan Sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan. Lencana Darjah ini diperbuat daripada bintang pecah lima. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan hujungnya berikat reben. Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.
Sumber : Bernama/Wikipedia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istiadat Perbarisan Diraja dan Pentaulihan Pegawai Kadet UPNM


28.01.2012, Sabtu - Pagi ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli memeriksa perbarisan sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pentaulihan Pagawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional (UPNM). Dalam Istiadat yang diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi ini, baginda telah diiringi oleh Naib Canselor UPNB Lt Jen Datuk Wira Allatif Mohd Nor.

Seramai 302 Pegawai kadet yang terdiri dari Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia menerima watikah perlantikan masing-masing. Baginda juga telah berkenan menyampaikan Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan kepada Pegawai Rendah Kanan Luqman Hakim Sahar.

Sumber - Bernama

Makam Keluarga Diraja Kedah di Bukit Mertajam

30.11.2011, Rabu - Semalam Tunku Temenggong Kedah Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah menzairahi Makam Keluarga Diraja Kedah di Kampung Kota, Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dikawasan ini telah ditemui lapan buah Makam Keluarga Diraja Kedah dimana lima diantaranya mempunyai tanda. Diantaranya adalah Makam Putera Diraja Kedah ke-20, Tunku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah dan saudaranya, Tunku Ku Tam.

Mengikut catatan sejarah, Tunku Sulaiman menduduki Kampung Kota untuk mengasingkan diri daripada terlibat dalam krisis perebutan tahta Sultan Kedah ke-22 sekitar 1804 hingga 1845. Kampung ini juga menjadi tempat persembunyian Tunku Sulaiman dan kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin apabila Kedah dilanggar oleh tentera ligor daripada kerajaan Siam pada 1821.

Menurut Pengarah Muzium Negeri Kedah, En Suhaidi Shukri yang bersama-sama rombongan dari Kedah dalam lawatan ini memaklukan bahawa pihaknya akan menjadikan kawasan permakaman ini sebagai pusat pelancungan bersejarah dan akan mengambil langkah segera bagi memastikan kawasan ini tidak lagi terbiar dan diabaikan. Menurut beliau lagi, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Warisan Negara untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menjaga dan memulihara makam berkenaan.


Nota : Info dari Kosmo

Tuesday 24 January 2012

Sultan Johor Rasmikan Masjid Jame Kampung Simpang Penyabong

21.01.2012, Sabtu - Semalam Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Jame Kampung Simpang Penyabong, Endau. Tuanku Sultan telah merasmikan masjid berkenaan yang dibina dengan kos RM1.5 juta bagi mengantikan sebuah masjid usang berusia 40 tahun yang digunakan sebelum. Selepas merasmikan masjid ini, baginda telah berkenan beramah mesra dengan para jemaah lainnya sebelum menunaikan solt Jumaat.

Turut serta adalah Tunku Mahkota Johor Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Dato' Zainal Abidin Osman serta Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Dato' Nooh Gadot. Dengan pembinaan masjid baru ini, ianya akan dapat memberikan manfaat kepada 1200 penduduk Mukim Penyabong yang merangkumi Kampung Baru, Sisek, Teluk Sari dan Tanjung Resang.

Sumber ; Berita Harian

Sultan Perak dan Kerabat Diraja Meriahkan Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

24.01.2012, Selasa - Semalam sempena sambutan Tahun Baru Cina, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahi-lah telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Malis anjuran kerajaan negeri ini turut dihadiri oleh DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan isteri, DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan dan isteri, DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan serta 5,000 tetamu terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya kepada Bernama menyifatkan pihak yang menyebarkan khabar angin melalui sms bahawa sambutan hari ini akan dibatalkan sebagai "Perbuatan Nakal". Sambutan bermula jam 11:00hrs hingga 15;00hrs dimana Para hadirin telah dihiburkan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan negeri Perak serta persembahan beberapa orang artis tempatan. Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Perak yang telah merealisasikan semangat 1 Malaysia demi perpaduan diantara kaun di Malaysia.

Sumber :- Bernama

YAM Tunku Tun Maimunah Almarhum Sultan Ismail Mangkat

13.01.2011, Jumaat - Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail telah mangkat pagi tadi lebih kurang jam 04:01hrs dalam usia 72 tahun. Almarhumah mangkat dikediamannya di Bukit Gedung, Jalan Abdul Samad, Johor Baharu, Johor. Adalah dimaklumkan Jenazah kini berada dikediaman beliau dan akan dimakamkan selepas Solat Jumaat nanti di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu Johor. Ini adalah gambar Almarhumah bersama salah seorang anakanda Sultan Johor, YAM Tunku Idris Iskandar. Tunku Idris dalam facebooknya mezahirkan kesedihannya :- Will miss you dearly my beloved grandaunt...Al-Fatihah.

Almarhumah dikatakan mengidap beberapa penyakit diantaranya paru-paru berair, jantung, kencing manis dan telah diserang mild stroke dan keadaan Almarhumah semakin membimbangkan semenjak 03.01.2012 lepas lagi. Almarhumah diputerikan pada 12.02.1939 dan mangkat hari ini 13.01.2012 iaitu sebulan sebelum sambutah kelahiran Almarhumah ke 73 tahun. Bonda Almarhumah adalah Sultanah Tun Aminah yang merupakan juga bonda kepada Almarhum Sultan Iskandar. Almarhumah berkahwin dengan sepupunya Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad yang merupakan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor.

Al-Fatihah .......... Semuga Roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN. Takziah diucapkan kepada suami Almarhumah, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad dan keluarga semuga tabah menghadapi dugaan ini.

Hari Keputeran Ke-64 Tuanku Muhriz


DAULAT TUANKU
Kami Dari Keluarga ke 2 Tuanku Munawir Merafak Sembah & Setinggi-tinggi Tahniah
Duli Yang Maha Mulia
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
Semuga Allah Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Tuanku
Sempena Hari Keputeraan Ke-64
Pada
14 Januari 2012 bersamaan 20 Safar 1433H
DIRGAHAYU TUANKU PATIK

Tuanku Muhriz Rasmikan Kompleks Al-Sa'adah


19.01.2011, Khamis - Hari ini Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud telah mencemar duli menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Al-Sa'adah di Seremban. Semasa di Al-Sa'adah Tuanku berdua sempat menyaksikan Syahadah Saudara Baru sempena perasmian kompleks berkenaan. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan dan MEnteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Dalam majlis ini juga, Tuanku Muhriz telah menandatangani plak perasmian sebelum dibawa meninjau sekitar kompleks ini.

Sumber :- Bernama

YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Mangkat

Jenazah Almarhumah YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang

12.01.2012, Khamis - Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un . Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Ainol Jamal binti Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah mangkat hari ini 12.01.2011 pada jam 05:30hrs tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang dalam usia 84 tahun. Almarhumah merupakan kekanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Almarhumah juga merupakan bekas Tengku Ampuan Terengganu ketika bekas suaminya Tengku Ali (Sultan Ali) menjadi Sultan Terengganu sewaktu pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Jenazah telah dibawa ke Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang untuk penghormatan terakhir mulai jam 11:00hrs dan akan dimakamkan di Makam Diraja Pahang selepas solat Zohor nanti. Al-Fatihah kepada Almarhumah YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Ainol Jamal binti Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ........ Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, Sultan Terakhir Aceh

Almarhum Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, Sultan Terakhir Aceh yang berketurunan Bugis
Peristiwa Almarhum Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah bersama Putera Mahkota Tuanku Raja Ibrahim dipaksa menyerah diri oleh Pihak Belanda pada 1903

Batu Nisan Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah

24.01.2012, Selasa - Tahukah anda bahawa Aceh dahulunya mempunyai Sultan dan kesultananya telah dihapuskan oleh pihak penjajah sebelum Indonesia menjadi Republik lagi. Kesultanan Aceh merupakan sebuah kuasa besar satu ketika dahulu dan begitu terkenal dalam Alam Melayu dan menjadi pencabar utama kepada kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Inggeris dan Belanda tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan didunia ini tidak ada yang kekal untuk selama-lamanya. Begitulah juga nasib yang menimpa Kesultanan Aceh yang didirikan oleh Sultan Ali Mughayat Syah pada 1496 ini. Kesultanan yang diasaskan pada 1496 ini akhirnya dimansukkan pada 1903 iaitu setelah bertahta selama lebih kurang 407 tahun oleh pihak Penjajah Belanda.

Di Aceh juga terdapat pemerintah dari kaum wanita menggantikan Sultan dengan menggunakan gelaran Sultanah Aceh iaitu :-
  • Sri Ratu Safiatuddin Tajul Alam (1641-1675)
  • Sri Ratu Naqiatuddin Nurul Alam (1675-1678)
  • Sri Ratu Zaqiatuddin Inayat Syah (1678-1688)
  • Sri Ratu Zainatuddin Mamalat Syah (1688 - 1699)
Dari 35 orang Sultan yang memerintah Aceh, Empat daripadanya adalah terdiri dari kaum Wanita. Siapa kata kaum wanita tidak diberikan hak yang sama dengan kaum lelaki, bukti ini menunjukkan dari zaman dahulu lagi kaum lelaki memberikan hak dan peluang kepada kaum wanita menjadi pemimpin.

Sultan terakhir Acheh adalah Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah yang merupakan cucunda kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Aceh ke-33 dan anakanda kepada Tuanku Zainal Abidin Alaiddin Syah. Baginda telah dipaksa menyerah diri kepada Belanda dan selepas itu baginda dan kerabat diraja serta pembesar-pembesarnya dibuang negeri pada 1907. Baginda kemudiannya mangkat di Batavia atau sekarang dikenali sebagai Jakarta pada tahun 1939 dan telah dimakamkan di Perkuburan Umum Kemiri, Rawamangun Jakarta iaitu berhampiran kampus Universiti Negeri Jakarta (UNJ) sekarang ini. Baginda dinobatkan sebagai Sultan Aceh di Masjid Indrapuri, Indrapuri pada 1874.

Baginda berkahwin sebanyak empat kali iaitu dengan :-
  • Permaisuri Teungku Putore Gambar Gading binti Tuanku Abdul Majid dan dikurniakan dengan anak kembar iaitu Tuanku Cut Rayek (mangkat semasa bayi) dan Tuanku Raja Ibrhim @ Tuanku Raja Manyak.
  • Pocut Manyak Cot Murong Sultan tidak dikurniakan sebarang cahayamata tetapi memelihara Tuanku Raja Ibrahim @ Tuanku Raja Manyak.
  • Teunku Jam Manikam binti Tuanku Mahmud tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Dikatakan makannya ada di Kedah
  • Neng Effi yang dikahwini oleh baginda semasa dalam buangan dan dikurniakan eapat orang putera dan seorang puteri.
Pada 26.11.1902 Permaisuri Teungku Putroe Gambar Gadeng bersama Putera Mahkota Tuanku Raja Ibrahim telah ditangkap oleh Belanda di Kampung Glumpang Payong Pidie. Tujuan Belanda menawan Permaisuri dan Putra Mahkota adalah sebagai umpan untuk memaksa Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah menyerah diri kepada Belanda. Taktik ini telah berjaya dan dapat memaksa Tuanku Sultan bertemu dengan Belanda di Sigili. Pada 20.01.1903 Tuanku Sultan telah dibawa berjumpa Gebenor Aceh, Jeneral Van Heutz dan menandatangani MOU damai dengan Belanda di Kuta Raja.

Selepas it, Tuanku Sultan hanya dibenarkan bergerak bebas sekitar Aceh Besar sahaja dan telah diberikan sebuah kediaman yang lengkap dan diberi elaun sara hidup sebanyak 1,200 florin dan anakandanya juga mendapat tajaan belajar oleh pihak Belanda. Kemudahan ini diberikan agar Tuanku Sultan menyokong pentadbiran Belanda di Aceh. Walau bagaimanapun hasil dari perisikan yang dijalankan, pihak Belanda mendapati Tuanku Sultan memberi sumbangan dan sokongan kepada para pejuang menentang Belanda. Panglima Nyak Asan dan Nyak Abaih adalah orang tengah baginda dalam urusan ini. Pada 1907 pihak Belanda telah mengeledah kediaman Tuanku Sultan dan mendapati bukti-bukti seperti surat-surat Tuanku Sultan kepada para pejuang. Mereka juga mendapati Tuanku Sultan terlibat sama dalam serangan tergempar terhadap Markas Belanda di Kuta Radja pada 06.03.1907.

Ekoran dari perbuatan Tuanku Sultan terhadap Belanda, Gabenor Militer Aceh Letnan Jenderal Van Daalen melihat Tuanku Sultan sebagai satu ancaman besar terhadap kuasa Belanda di Aceh dan telah mengusulkan Tuanku Sultan dibuang negeri daripada Aceh. Pada 24.12.1907 pihak Belanda telah membuat keputusan dan membuang negeri Tuanku Sultan, kerabat diraja serta pembesar-pembesar Aceh keluar dari bumi Aceh. Tuanku Sultan dan lainnya dihantar ke Batavia dan menetap di Jatinegara dan sekarang dikenali dengan nama Gudang Bulog. Dari Batavia Tuanku dan Keluarga dipindahkan pula ke Ambon kerana rahsia baginda meminta bantuan daripada maharaja Jepun terbongkar. Pihak Belanda telah menjumpai surat tersebut. Beberapa tahun kemudiannya, Tuanku Sultan dan kerabat diraja dipindahkan semula ke Rawamangun Jakarta sehinggalah baginda mangkat di Rawamangun Jatinegara pada hari Isnin bersamaan 06.02.1939.

Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, Semuga Roh Baginda Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Sumber :- Acehnet.org/Mawardihassan/Wikipedia