Wednesday, 11 January 2012

Persatuan Kerabat Diraja Kedah

Persatuan Kerabat Diraja Kedah merupakan sebuah persatuan NGO bagi memperjuangkan nasib khususnya kerabat diraja Kedah. Yang Dipertuanya ialah Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya.

[sunting]Isu politik

Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya amat kecewa dengan perkembangan semasa tahun 2008-2009 . Institusi kesultanan telah dipersoalkan banyak pihak. Sedangkan ia adalah budaya asal di Malaysia. Oleh itu beliau menggesa agar Majlis Raja-Raja membuat ketetapan menyeru rakyat kembali menghormati institusi raja-raja. Sesungguhnya, institusi raja ini masih relevan. Setiap negeri yang beraja patut ada persatuan kerabat diraja.[1]

Jika dibiarkan apa yang berlaku di Perak akan mereba ke negeri lain seperti Kedah. Ia merujuk kepada peristiwa Rusuhan Masjid Ubudiah dan Krisis politik Perak 2008-2009.[2]

24 Januari, 2010 17:54 PM
Persatuan Kerabat Diraja Boleh Didik Rakyat Akan Peranan Raja - Mohamed Nazri


KUALA KANGSAR, 24 Jan (Bernama) -- Setiap negeri yang mempunyai raja wajar mempunyai persatuan kerabat diraja bagi mendidik rakyat terutama generasi muda akan peranan dan kepentingan institusi itu kepada negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata ini kerana institusi raja masih relevan khususnya dalam membantu kerajaan menangani isu-isu tertentu.

"Banyak hal yang mana tanpa institusi raja adalah sukar untuk kerajaan membuat keputusan. Walaupun ada golongan Melayu moden yang beranggapan ia adalah kuno tetapi sebenarnya institusi raja ini masih relevan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan surau baru Kampung Cheh Hilir, di Kati di sini pada Ahad.

Beliau diminta mengulas saranan Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) agar setiap negeri yang mempunyai raja di negara ini menubuhkan persatuan kerabatnya sendiri bagi mempertahankan institusi itu yang kini sering dipertikai pihak tertentu.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata kewujudan institusi Raja-raja Melayu di negara ini adalah jelas dan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

"Dengan adanya sistem demokrasi yang unik ini di Malaysia, ahli politik tidak boleh membuat keputusan mengenai sesuatu perkara terutama berhubung agama Islam. Kita mesti sedarkan rakyat bahawa kerajaan tidak bebas," katanya.

-- BERNAMA
ARKIB : 21/04/2009

Minta Majlis Raja-Raja Melayu buat ketetapan

ALOR SETAR 20 April - Persatuan Kerabat Diraja Kedah meminta Majlis Raja-Raja membuat satu ketetapan untuk menyeru rakyat supaya kembali kepada budaya asal yang menghormati institusi kesultanan di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, perkara itu perlu dilakukan dengan segera memandangkan semakin banyak pihak yang memandang remeh soal menghormati raja-raja yang menjadi simbol kekuatan negara ini.

"Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sendiri sudah menegur tindakan kumpulan politik yang cuba menghasut rakyat untuk mencemar institusi diraja.

"Oleh itu, Majlis Raja-Raja tidak boleh berdiam diri dan segera bertindak untuk memastikan rakyat negara ini sentiasa memberi sokongan kepada institusi kesultanan negara ini," katanya ketika ditemui di Istana Kuning di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan yang berlaku sekarang amat membimbangkan dan pihaknya khuatir apa yang berlaku di Perak boleh menular ke negeri-negeri lain seperti Kedah.

"Dulu pun kita ada masalah seperti ini, namun keadaan ini lebih teruk sekarang.

"Ini kerana ada pihak tertentu yang seolah-olah mengajar golongan muda supaya jangan menghormati institusi beraja di negara ini," jelasnya.


2 comments:

  1. omg!!!!!..^%2@

    ReplyDelete
  2. benar..institusi raja adalah lambang agama dan bangsa melayu..perlu dipertahankan..cuma perlu ada satu majlis yang berkecuali yg boleh memberi nasihat dan teguran agar kesultanan berada pada dasar yang betul dan tidak diperkudakan oleh kerajaan atau sesiapa sajademi kepentingan politik..bukan itu saja..kesultanan juga perlu diberi teguran kerana sebagai manusia yang lemah tidak lepas dari kesalahan..ini kerana ada dikalangan kerabat diraja malah kesultanan yang tidak menjaga agama dan budaya bangsa..ada yang lebih KEBARATAN dengan gaya hidup menyimpang..dunia kini bukan boleh selindung..semuanya terhidang didepan mata..jadi bagaimana rakyat dapat berteduh kalau melihat raja dan kerabat pun hilang MELAYU ISLAMYA...jangan tunggu JEBAT dan LAKSAMANA BENTAN muncul semula....sekian

    ReplyDelete