Friday, 20 January 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun yang ke 64 kebawah Duli Tuanku Muhriz ibn Almarhum Tuanku Munawir. Semuga di Panjangkan Umur & di Kekalkan Pemerintahan.


Selamat Ulangtahun Kebawah Duli Ayahanda Saudaraku yang ke 64 tahun. Semuga Tuanku akan Kekal Lama Menerajui Tahta Negeri Sembilan dengan Seadilnya & Sebaiknya mengatasi Almarhum Paduka Duli Tuanku Jaafar semasa pemerintahan Baginda dulu. Anakanda sentiasa menyokong & mendoakan Paduka Duli Ayahanda Tuanku akan dapat memikul tanggungjawab Memerintah dengan Adil & Saksama sama seperti Paduka-Paduka yang sebelumnya.

Kami amat berbangga melihatkan Paduka Ayahanda Tuanku mempunyai sebuah keluarga yang amat baik, bertertib, mendokong ajaran Islam yang sepatutnya memang dah lama diamalkan semenjak berkurun-kurun lamanya.

Tanggal kelahiran 14 hb Januari yang lepas adalah tarikh keramat buat kami semua kerana ianya adalah ingatan yang terbaik yang kami akan ingati buat selama-lamanya kepada Paduka Tuanku sebagai saudara kandung sebapa Almarhum Bondaku. Nama Paduka Ayahanda adalah sering disebut-sebutkan oleh Almarhum Bondaku sebagai Adindanya yang terbaik dia pernah miliki suatu ketika dahulu.

Semuga kita akan bertemu suatu hari nanti bila masa mengizinkan, insyaallah... Akan patik sembah & cium sepuas-puasnya tangan Paduka Ayahanda Tuanku sedapat-dapatnya kerana itulah sahaja yang dapat patik lakukan sebagai pengubat kerinduan kami yang terpaksa berpisah selama lebih dari 40 tahun demi suatu perkahwinan antara Ayahanda & Bondaku hingga kami terlantar ke Negeri Kedah sebelum 13 Mei 1969.

Segala kekayaan, hartabenda & perniagaan Ayahanda Bonda kami telah terkubur di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur buat selama-lamanya akibat 13 Mei 1969 itu. Malah Ayahanda & Bondaku pada masa itu tak ingin mengingati apa-apa lagi, melainkan membuka kehidupan baru di Kedah sebagai orang susah je sehinggalah kami 14 adik-beradik membesar sehingga kini.

Itulah sejarah Hitam Pahit Maung yang dilalui oleh Kami sekeluarga & kini kami telah masing-masing Redho dengan apa yang kami lalui & kini kami hanya ingat melihat kembali saudara-mara kami kembali berjaya, kembali berada di puncak atas. Insyaallah... kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk seluruh Keluarga & keturunan Tuanku Munawir walaupun dimana sahaja mereka berada kerana itulah kekeluargaan yang kita ada hingga kini.

1 comment: