Showing posts with label Adat Istiadat. Show all posts
Showing posts with label Adat Istiadat. Show all posts

Friday, 20 June 2014

DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.



Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Di Malaysia, Gelaran pangkal/awal nama bagi seseorang individu pemegang jawatan dalam Adat Karaeng adalah berbeza berdasarkan jawatan yang disandang/pegang dan berbeza juga mengikut umur seseorang itu, contohnya seorang Pengerusi yang berumur 42 tahun telah menerima anugerah gelaran Paduka Maharaja Indera Pahlawan maka, sebutan gelaran nama beliau ialah YTM Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Pahlawan. Contoh lain, seorang Ahli Jawatankuasa berumur 42 tahun menerima anugerah gelaran Johan Panglima Lela Perkasa, maka sebutan gelaran namanya ialah YM Datuk Johan Panglima Lela Perkasa. Diperjelaskan seperti berikut:-
GELARAN ANUGERAH KEMULIAAN.
-Antara gelaran anugerah kemuliaan adalah seperti berikut:-
Pertama; Yang Teramat Mulia – (Y.T.M.) atau ringkasnya YTM. Sebutan panggilan ini dikhaskan kepada Presiden, Yang Dipertua atau Pengerusi.
Kedua; Yang Amat Mulia – (Y.A.M.) atau ringkasnya YAM. Sebutan panggilan ini dikhaskan kepada pemegang jawatan utama iaitu Timbalan Presiden, Timbalan Yang Dipertua, Naib Presiden, Naib Yang Dipertua atau Naib Pengerusi dan semua Setiausaha (termasuk Setiausaha Agung, Setiausaha Kehormat dan lain-lain). Mereka juga pemegang jawatan utama yang empat (4) dalam sesebuah Jawatankuasa atau juga dikenali sebagai Orang Besar Yang Empat atau Orang Besar Kerajaan Adat atau Orang Besar Istana/Karaton/Saoraja dan lain-lain.
Ketiga; Yang Mulia – (Y.M.) atau ringkasnya YM. Sebutan ini dikhaskan kepada semua Ahli Jawatankuasa kecuali Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-Kira (Juruaudit). Mereka disebut panggilan, Yang Hormat – (Y.H.) atau ringkasnya YH.
GELARAN ANUGERAH KEHORMATAN.
Pertama; pemegang jawatan Gelar TUAN SRI.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini dikhaskan kepada pemegang jawatan utama iaitu Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Hendaklah berumur tidak kurang daripada dua puluh lima (25) tahun.
Kedua; pemegang jawatan Gelar TUAN MUDA.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur dibawah dua puluh lima (25) tahun.
Ketiga; pemegang jawatan Gelar DATUK.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur tidak kurang daripada empat puluh (40) tahun.
Keempat; pemegang jawatan Gelar TOK.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur tidak kurang daripada tiga puluh (30) tahun dan tidak melebihi empat puluh (40) tahun.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
— with Sultan Notobroto and Sultan Demak.








Ehsan dari 
Sri Pemangku Adat

GELARAN ANUGERAH KEMULIAAN.





Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Di Malaysia, Gelaran pangkal/awal nama bagi seseorang individu pemegang jawatan dalam Adat Karaeng adalah berbeza berdasarkan jawatan yang disandang/pegang dan berbeza juga mengikut umur seseorang itu, contohnya seorang Pengerusi yang berumur 42 tahun telah menerima anugerah gelaran Paduka Maharaja Indera Pahlawan maka, sebutan gelaran nama beliau ialah YTM Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Pahlawan. Contoh lain, seorang Ahli Jawatankuasa berumur 42 tahun menerima anugerah gelaran Johan Panglima Lela Perkasa, maka sebutan gelaran namanya ialah YM Datuk Johan Panglima Lela Perkasa. Diperjelaskan seperti berikut:-
GELARAN ANUGERAH KEMULIAAN.
-Antara gelaran anugerah kemuliaan adalah seperti berikut:-
Pertama; Yang Teramat Mulia – (Y.T.M.) atau ringkasnya YTM. Sebutan panggilan ini dikhaskan kepada Presiden, Yang Dipertua atau Pengerusi.
Kedua; Yang Amat Mulia – (Y.A.M.) atau ringkasnya YAM. Sebutan panggilan ini dikhaskan kepada pemegang jawatan utama iaitu Timbalan Presiden, Timbalan Yang Dipertua, Naib Presiden, Naib Yang Dipertua atau Naib Pengerusi dan semua Setiausaha (termasuk Setiausaha Agung, Setiausaha Kehormat dan lain-lain). Mereka juga pemegang jawatan utama yang empat (4) dalam sesebuah Jawatankuasa atau juga dikenali sebagai Orang Besar Yang Empat atau Orang Besar Kerajaan Adat atau Orang Besar Istana/Karaton/Saoraja dan lain-lain.
Ketiga; Yang Mulia – (Y.M.) atau ringkasnya YM. Sebutan ini dikhaskan kepada semua Ahli Jawatankuasa kecuali Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-Kira (Juruaudit). Mereka disebut panggilan, Yang Hormat – (Y.H.) atau ringkasnya YH.
GELARAN ANUGERAH KEHORMATAN.
Pertama; pemegang jawatan Gelar TUAN SRI.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini dikhaskan kepada pemegang jawatan utama iaitu Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Hendaklah berumur tidak kurang daripada dua puluh lima (25) tahun.
Kedua; pemegang jawatan Gelar TUAN MUDA.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur dibawah dua puluh lima (25) tahun.
Ketiga; pemegang jawatan Gelar DATUK.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur tidak kurang daripada empat puluh (40) tahun.
Keempat; pemegang jawatan Gelar TOK.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur tidak kurang daripada tiga puluh (30) tahun dan tidak melebihi empat puluh (40) tahun.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.

Ehsan dari Sri Pemangku Adat 

Thursday, 29 March 2012

SUMPAH MELAYU

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri.

KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam.

KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:

- Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;

- Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;

- Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan

- Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.

JATA KEUTUHAN PAYUNG MAHKOTA DIRGAHAYU RAJA MELAYU


Jata Keutuhan Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU (Bumiputra Sabah & Sawarak) dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

PERATURAN ADAT MENGANGKAT SEMBAH


DULI YANG MAHA MULIAPADUKA SERI SULTAN PERAK

Kedua-dua tapak tangan hendaklah ditemukan, kemudian diangkat tangan hingga sama dengan paras dahi serta dirapatkan pangkal tangan ke dahi. Hujung jari lurus menghala ke atas dengan dicondong sedikit ke hadapan.

Apabila menurunkan semula tangan hendaklah dengan tertib, dengan menangkup kedua-dua tangan, direndahkan perlahan-lahan sehingga sampai ke siku ke bahagian riba.

Semasa menghadap, hendaklah tunduk sambil dan terus mengangkat sembah. Ketiga menyambut titah atau mendatangkan sembah, muka hendaklah memandang Raja.

Semasa hendak keluar, jangan terus memusing muka sama sekali. Ia hendaklah bermula dengan berundur tiga tapak ke belakang mulai kaki kiri dan kemudian barulah berpusing muka menuju ke tempat perjalanannya.


DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK

Pada umumnya cara mengangkat sembah kepada Raja Muda sama seperti di atas tetapi sedikit perbezaan iaitu dengan merendahkan tangan yang diangkat sehingga ke pangkal ibu jarinya diatas hidung sahaja.

DULI YANG AMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK

Mengangkat sembah di mana pangkal ibu jari terletak di atas mulut sahaja
.
Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Perak

PERATURAN ADAT MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG

Dalam mana-mana majlis sama ada di istana, Balai Rong atau di tempat-tempat lain yang dihadiri oleh Baginda Sultan; maka hendaklah diangkat sembah kepada Baginda sahaja dan tidak boleh diangkat sembah kepada yang lain.

Mana-mana majlis yang tidak dihadiri oleh Baginda Sultan, maka mengangkat sembah boleh dilakukan kepada mana-mana kerabat diraja terkanan sekali (mengikut susunan
di atas). Hanya seorang kerabat diraja terkanan sahaja yang
perlu diangkat sembah.

Apabila berangkat dua orang Sultan (dari negeri berbeza) dalam sebuah majlis, maka menurut adat istiadat Pahang hendaklah mengangkat sembah kepada Sultan yang memerintah negeri itu sahaja. Tidak boleh mengangkat sembah kepada dua orang Sultan dalam satu majlis.

TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN


Sepuluh jari tangan disusun rapat, kemudian di angkat ke dahi dengan pangkal dua ibu jari tangan jejak antara dua kening.

KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA

Pangkal dua ibu jari hendaklah terkebawah sedikit antara dua kening

YAM TENGKU ARIF BENDAHARA / TENGKU ARIF TEMENGGONG

Pangkal dua ibu jari hendaklah jejak pada paras mata.

Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Pahang, YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (1971), hlm. 43 – 44.

TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI TERENGGANU

Mengikut Adat Istiadat Negeri Terengganu hanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pemerintah Negeri,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah,Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda (Bakal Raja) dan yang Teramat Mulia tengku Puan Muda sahaja yang mesti disembah hormat.

Sekiranya dalam suatu majlis didapati kedua-dua Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda berangkat hadir maka tumpuan mengangkat sembah hanyalah tertumpu kepada KDYMM Sultan sahaja tetapi jika sekiranya KDYTM Yang DiPertuan Muda seorang sahaja yang berangkat hadir maka tumpuan angkat sembah adalah tertumpu kepada KDYTM Yang DiPertuan Muda.

TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI TERENGGANU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN

Adapun cara mengangkat sembah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan mengangkat sembah yakni menyusun dua tapak tangan dengan jari-jari berlunjur ke atas dan dibawa ke dahi.

KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA YANG DIPERTUAN MUDA

Adapun cara mengangkat sembah kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda (KDYTM) adalah mengangkat kedua belah tangan dengan jari-jari berlunjur ke atas dan temukan pangkal ibu jari di antara kening dan hujung hidung.

Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Terengganu

Gambar hanyalah sekadar contoh namun setiap Tatacata Mengangkat Sembah kepada Sultan yang memerintah mengikut Negeri adalah berbeza.

Saturday, 28 January 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istiadat Perbarisan Diraja dan Pentaulihan Pegawai Kadet UPNM


28.01.2012, Sabtu - Pagi ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli memeriksa perbarisan sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pentaulihan Pagawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional (UPNM). Dalam Istiadat yang diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi ini, baginda telah diiringi oleh Naib Canselor UPNB Lt Jen Datuk Wira Allatif Mohd Nor.

Seramai 302 Pegawai kadet yang terdiri dari Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia menerima watikah perlantikan masing-masing. Baginda juga telah berkenan menyampaikan Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan kepada Pegawai Rendah Kanan Luqman Hakim Sahar.

Sumber - Bernama

Monday, 19 December 2011

Sejarah Rembau - Bahagian 2



Abad 17


1605
1. Datuk Ambo meninggal dunia

2. Lenggang dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 3 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja.

1620
1. Datuk Lenggang meninggal dunia

2. Pandak dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 4 dengan gelaran Datuk Sedia Raja

1622
Rombongan Tunku Besar Raja Bujang sampai di Rembau Darat dan membuat penempatan di Kampung Ulu Penajis, Ulu Sepri.

1623 – 24
Sultan Abdul Jalil II (1623 – 77) Johor melantik Datuk Ganti Maharaja, Lembaga suku Anak Melaka sebagai wakil kerajaan Johor di Rembau

1640,
7 September
Rembau menghantar seramai 300 orang tentera membantu Johor dan Belanda menyerang Melaka.

27 Oktober
Rembau menghantar seramai 500 orang tentera dalam serangannya ke atas Melaka.

1641, 14 Januari
1. Melaka jatuh ke tangan Belanda

Februari – Mac
1. Lebai Muda dan Hitam ditahan oleh Belanda di Tampin

2. Hitam berjaya melepaskan diri dan mendapat perlindungan di Rembau.

1642, Januari
1. Jan Janz Menie menyekat lalu lintas di Sungai Penajis

Februari
1. Jan Janz Menie datang ke Rembau menemui Datuk Pandak

2. Belanda menebus pelarian Kristian daripada Rembau.

3. Belanda membuka semula lalu lintas di Sungai Penajis

April
Utusan Sultan Johor menemui Datuk Pandak dan meminta membayar denda $200.

1 – 2 Mei
Utusan Rembau berada di Melaka meminta Belanda menjadi pengantaraan dengan Johor mengenai denda $200.

1643, 5 Mei
Orang Rembau membakar kapal dan membunuh dua orang anak kapal Melaka di Sungai Baru

23 Mei
Peperangan di antara orang Rembau dan Melaka di Sungai Penajih berkaitan dengan perbuatan Melaka menutup sungai tersebut.

1644, Januari
1. Utusan daripada Sultan Johor sampai di Rembau

2. Penghulu Rembau disoal selidik oleh Sultan Johor di Batu Sawar tentang rompakan ke atas Jorge Fernandez dan pembunuhan orang kristian di Tampin

5 Februari
1. Forsenburgh dan Menie datang menemui Datuk Pandak di Rembau

2. Pergaduhan antara Rembau dan Belanda berlaku. Semua orang Belanda termasuk Forsenburgh dan Menie mati terbunuh.

7 Februari
Gabenor van Vliet dan pasukannya diserang hendap oleh orang Rembau. Belanda berundur ke Melaka dan meninggalkan peti berisi wang berjumlah 13,000 rial.

Ogos
Sekumpulan enam orang pengintip Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya mengumpulkan seribu orang tentera untuk melanggar Melaka.

16 Ogos
1. Orang Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya menawan Bukit Cina, Melaka.

2. Belanda berjaya mematahkan pemberontakan Rembau-Naning

3. Hitam dan kumpulannya kecuali telah dihukum bunuh oleh Belanda

1645
1. Tunku Besar Raja Bujang meninggal dunia.
Februari
2. Tentera Rembau-Naning mengalahkan Belanda di Melekek

3. Datuk Sedia Raja Pandak meninggal dunia

4. Uban dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 5 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja

1646
1. Tentera Rembau-Naning dikalahkan oleh Belanda di Taboh Naning

Mac
1. Rembau menghantar pewakilan yang diketuai oleh Datuk Jalila Muluk dan Khatib Sitam Muda ke Melaka merundungkan perjanjian persahabatan Rembau-Belanda

24 Jun
1. Pengampunan 24 orang rakyat Rembau-Naning oleh pihak berkuasa Belanda di Betawi yang akan dihukum bunuh

17 September
1. Rundingan damai diadakan di rumah Datuk Jalila Muluk – di antara Pembesar Rembau dan Naning dengan Abraham Steen, wakil kerajaan Belanda

2. Datuk Uban menandatangani perjanjian perdamaian Rembau-Belanda

1647
Neydert Clinkert datang ke Rembau mengutip bayaran ganti rugi Belanda

1649
Sekumpulan orang Sungai Ujong (suku Semelenggang) membuat perkampungan di Rembau Darat. Mereka bernaung di bawah Datuk Mendelika. Kelompok baru ini dikenali sebagaiSemelenggang Empat Ibu.

1650an
1. Satu kumpulan orang Biduandan Jakun di bawah pimpinan Datuk Gindai Lautan datang membuat perkampungan di Rembau Darat

2. Sekumpulan orang Minangkabau yang berasal daripada Batu Hampar di bawah pimpinan Datuk Sutan Bendahara sampai ke Rembau Darat

1659
1. Keluarga Diraja Johor datang ke Rembau meminang anak gadis suku Biduanda Jakun bernama Seri Banun. Peminangan itu telah ditolak oleh Orang Kaya Kecil, ayah Seri Banun

2. Datuk Lela Maharaja Uban mengisytiharkan bahawa hak carak Biduanda Jakun menyandang pusaka Penghulu Rembau dicabut (dilucutkan) untuk sekali gilirankerana dianggap menderhakamenolak pinangan Diraja Johor

1660
1. Datuk Lela Maharaja Uban meninggal dunia

2. Sagah dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 6 dengan gelaran Datuk Sedia Raja

1670, Disember
1671, Januari
Utusan Datuk Sagah menghadap Sultan Johor untuk meminta izin menyerang Belanda di Melaka

1676
Datuk Sagah menemui Penghulu-Penghulu Sungai Ujong, Kelang dan Naning merundingkan hal menjemput seorang putera raja dari Minangkabau

1677
Raja Ibrahim, putera raja Minangkabau sampai ke Rembau

Februari
Raja Ibrahim mengutus surat kepada Belanda di Melaka meminta Melaka jangan lagi mengganggu Rembau dan Naning. Surat itu tidak dijawab oleh Belanda

April
1. Raja Ibrahim dengan diiringi oleh 3,770 orang pengikut bersedia menyerang Melaka.

2. Raja Ibrahim berjaya menawan beberapa kawasan di pinggir bandar Melaka

Jun
Raja Ibrahim dan tenteranya berundur dari Melaka dan balik ke Rembau-Naning

November-Disember
Raja Ibrahim mengadakan beberapa rundingan dengan Sultan Kuantan, Sumatera untuk mengadakan pakatan atas dasar keturunan Minangkabau menyerang Belanda di Melaka. Mereka gagal mencapai kata sepakat.

1678
1. Raja Ibrahim membuat pemuafakatan dengan orang Bugis dan Makasar di Kelang atas dasar seagama untuk menyerang Belanda di Melaka

2. Belanda menyerang Rembau. Ikatan seagama yang cuba diwujudkan oleh Raja Ibrahim gagal.

Oktober
Raja Ibrahim mati dibunuh oleh Baggia, hamba kepunyaan Datuk Raja Merah, Penghulu Naning

November
Datuk Sagah memperbaharui perjanjian persetiaan dan persahabatan dengan Belanda

1680, Januari
Utusan Datuk Sagah ke Melaka merundingkan satu perjanjian dengan Belanda

13 Februari
Surat perjanjian damai Rembau – Melaka ditandatangani di Melaka

1690
1. Datuk Sagah meninggal dunia

2. Kurap dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 7 dengan gelaran Datuk Sedia Raja

Sejarah Rembau - Bahagian 1




Tarikh
Peristiwa

Abad 12
1. Kedatangan perantau pelarian ke Tumasik (Marsden)

2. Penghijrahan daripada Tumasik ke utara Semenanjung Tanah Melayu : Sang Hyang Hujung, Kelang dan Muar – membuka penempatan

Abad 13


±1260
1. Kedatangan perantau pelarian ke Sang Hyang Hujung


2. Perantau pelarian masuk ke pendalaman Sang Hyang Hujung meneroka kawasan Rembau : di tebing Sungai Penajih

Abad 14


1365
Penempatan di Sang Hyang Hujung di bawah takluk Majapahit (Nagarakartagama)

± 1338
Kedatangan perantau peneroka dan pedagang ke Rembau. Mereka membuat penempatan sementara (dusun). (Abas Haji Ali).

± 1338
Kedatangan perantau peneroka dan pedagang ke Rembau. Mereka membuat penempatan sementara. (Newbold)

Abad 15


± 1475
Batin Sekudai dilahirkan

± 1490
Batin Sekudai berkahwin

± 1490an
Datuk Leteh, pembesar Minangkabau sampai ke Rembau menetap di Kampung Relong.

±1497
1. Datuk Bungkal binti Batin Sekudai dilahirkan di Kampung Relong

2. Datuk Bungkal diambil oleh Datuk Leteh sebagai anak angkat

± 1498 – 1500
Tun Zainal Abidin bin Bendahara Seri Maharaj Tun Perak berada di Lubuk Cina, Rembau. Bergelar Datuk Lubuk Cina

Abad 16


± 1500
Batin Sekudai dan Datuk Leteh berpindah dari Kampung Relung ke Kampung Kebun Lada (Kampung Lada sekarang)

± 1501
1. Batin Sekudai meninggalkan Rembau untuk menetap di Siliau.

2. Datuk Leteh dilantik sebagai pentadbirRembau

3. Rembau mencapai tahap nagari dalam proses metamorfosis penempatan Minangkabau

± 1502
1. Batin Pak Nilu membuka hutan Gombigho (Gembira) di kawasan Kota sekarang. ** Nama asal Kota adalah Gombigho.

2. Membuat penempatan untuk Datuk Bungkal

3. Pokok merbau tua yang tumbuh diKampung Api-api sekarang ditebang

4. Nama Rembau bertukar daripada PerabukepadaMerbau Tua.

± 1504
1. Datuk Leteh dan Datuk Bungkal berpindah dari Kampung Kebun Lada ke Kampung Gombigho

2. Datuk Bungkal menukar nama Kampung Gombigho kepada Kampung Kotor(Kampung Kota Lama sekarang)

1511
1. Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis

2. Sultan Mahmud Melaka berundur ke Rembau (Braddell)

1512
Ekspedisi tentera Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning (kawasan Kendung sekarang)

1514
Portugis mendirikan kubu di Kuala Sungai Penajih (Kuala Linggi sekarang)

1515 – 1516
1. Datuk Lela Balang dan orangnya sampai di Kampung Kotor

2. Datuk Laut Dalam dan pengikutnya membuka Kampung Padang Lekok

3. Datuk Lela Balang berkahwin dengan Datuk Bungkal binti Batin Sekudai

1516 – 1517
Si Rama bin Datuk Lela Balang dilahirkan

1519 – 1525
1. Kedatangan Datuk Budi, Datuk Laut, Datuk Baginda dan Datuk Putih ke Rembau

2. Mereka membuat penempatan di Rembau Darat; Kampung Batu Hampar, Kampung Sungai Layang, Kampung Bintongan dan Kampung Lubuk Rusa – Selemak

1520an
1. Perikatan Lembaga Yang Lima atau dikenali sebagai Berlima Ke Huluditubuhkan di Rembau Darat.

2. Ikatan Bersembilan Suku Ke Hilir atau dikenali juga sebagai Bersembilan Ke Hilirditubuhkan di Rembau Darat

1524 – 1525
Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam dilahirkan di Kampung Padang Lekok.

1539 -1540
1. Datuk Lela Balang dengan diiringi oleh Datuk Laut Dalam mengadap Sultan Alauddin Ri’ayat Shah (1527/28 – 1564) di Johor Lama

2. Sultan merestui pelantikan keturunan Datuk Lela Balang sebagai Penghulu Rembau dan memberi gelaran Datuk Lela Maharaja

3. Sultan juga merestui permintaan Datuk Laut Dalam agar keturunannya juga menjadi Penghulu Rembau secara bergilir dengan keturunan Datuk Lela Balang dengan gelaranDatuk Sedia Raja

4. Sultan memberi gelaran baru kepada Datuk Lela Balang : Datuk Gempa Maharaja dan Datuk Laut Dalam : Datuk Merah Bangsa (Datuk Merbangsa)

5. Kerapatan besar adat untuk menyusun struktur dan organisasi politik serta sosial Rembau khususnya Rembau Baroh

1540
1. Si Rama bin Datuk Lela Balang @ Datuk Gempa Maharaja dikerjankan sebagai Penghulu Rembau yang pertama di Kampung Kota

2. Si Rama dikahwinkan dengan Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam @ Datuk Merbangsa di Kampung Padang Lekok

3. Penubuhan Lembaga Tiang Yang Empat Di Baroh

4. Melantik dan memberi gelaran kepada ketua-ketua suku di Rembau termasuk suku-suku di Rembau Darat

1540 – 1541
1. Ambo bin Si Rama dilahirkan

2. Kerapatan adat membahagikan Rembau kepada dua iaitu Rembau Baroh danRembau Darat

3. Kedatangan orang Tanah Datar daripada Minangkabau di bawah pimpinan Datuk Maharaja Inda Bogok

4. Kedatangan orang Tiga Batu di bawah pimpinanNang Besar

5. Kedatangan orang suku Mungkal dari Machap, Naning di bawah pimpinan Datuk Mengiang(sekarang disebut Datuk Ngiang)

1555
1. Datuk Lela Maharaja Si Rama meninggal dunia

2. Ambo bin Si Rama dilantik menjadi Penghulu Rembau kedua

1586
1. Utusan daripada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Shah (1570 – 97) menemui Datuk Sedia Raja Ambo meminta bantuan menyerang Melaka

2. Orang Rembau membakar dan memusnahkan harta benda di sekitar tebing Sungai Melaka serta menyekat lalu lintas makanan keluar masuk ke Melaka

3. Orang Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning. Mereka dipimpin oleh a’Azambuja

4. Datuk Ambo memohon perdamaian dengan d’Azambuja.