DULI YANG MAHA MULIAPADUKA SERI SULTAN PERAK
Kedua-dua tapak tangan hendaklah ditemukan, kemudian diangkat tangan hingga sama dengan paras dahi serta dirapatkan pangkal tangan ke dahi. Hujung jari lurus menghala ke atas dengan dicondong sedikit ke hadapan.
Apabila menurunkan semula tangan hendaklah dengan tertib, dengan menangkup kedua-dua tangan, direndahkan perlahan-lahan sehingga sampai ke siku ke bahagian riba.
Semasa menghadap, hendaklah tunduk sambil dan terus mengangkat sembah. Ketiga menyambut titah atau mendatangkan sembah, muka hendaklah memandang Raja.
Semasa hendak keluar, jangan terus memusing muka sama sekali. Ia hendaklah bermula dengan berundur tiga tapak ke belakang mulai kaki kiri dan kemudian barulah berpusing muka menuju ke tempat perjalanannya.

DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK
Pada umumnya cara mengangkat sembah kepada Raja Muda sama seperti di atas tetapi sedikit perbezaan iaitu dengan merendahkan tangan yang diangkat sehingga ke pangkal ibu jarinya diatas hidung sahaja.
DULI YANG AMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK
Mengangkat sembah di mana pangkal ibu jari terletak di atas mulut sahaja
.
Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Perak
PERATURAN ADAT MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG
Dalam mana-mana majlis sama ada di istana, Balai Rong atau di tempat-tempat lain yang dihadiri oleh Baginda Sultan; maka hendaklah diangkat sembah kepada Baginda sahaja dan tidak boleh diangkat sembah kepada yang lain.
Mana-mana majlis yang tidak dihadiri oleh Baginda Sultan, maka mengangkat sembah boleh dilakukan kepada mana-mana kerabat diraja terkanan sekali (mengikut susunan
di atas). Hanya seorang kerabat diraja terkanan sahaja yang
perlu diangkat sembah.
Apabila berangkat dua orang Sultan (dari negeri berbeza) dalam sebuah majlis, maka menurut adat istiadat Pahang hendaklah mengangkat sembah kepada Sultan yang memerintah negeri itu sahaja. Tidak boleh mengangkat sembah kepada dua orang Sultan dalam satu majlis.
TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN
Sepuluh jari tangan disusun rapat, kemudian di angkat ke dahi dengan pangkal dua ibu jari tangan jejak antara dua kening.
KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA
Pangkal dua ibu jari hendaklah terkebawah sedikit antara dua kening
YAM TENGKU ARIF BENDAHARA / TENGKU ARIF TEMENGGONG
Pangkal dua ibu jari hendaklah jejak pada paras mata.
Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Pahang, YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (1971), hlm. 43 – 44.
TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI TERENGGANU
Mengikut Adat Istiadat Negeri Terengganu hanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pemerintah Negeri,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah,Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda (Bakal Raja) dan yang Teramat Mulia tengku Puan Muda sahaja yang mesti disembah hormat.
Sekiranya dalam suatu majlis didapati kedua-dua Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda berangkat hadir maka tumpuan mengangkat sembah hanyalah tertumpu kepada KDYMM Sultan sahaja tetapi jika sekiranya KDYTM Yang DiPertuan Muda seorang sahaja yang berangkat hadir maka tumpuan angkat sembah adalah tertumpu kepada KDYTM Yang DiPertuan Muda.
TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI TERENGGANU
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN
Adapun cara mengangkat sembah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan mengangkat sembah yakni menyusun dua tapak tangan dengan jari-jari berlunjur ke atas dan dibawa ke dahi.
KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA YANG DIPERTUAN MUDA
Adapun cara mengangkat sembah kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda (KDYTM) adalah mengangkat kedua belah tangan dengan jari-jari berlunjur ke atas dan temukan pangkal ibu jari di antara kening dan hujung hidung.
Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Terengganu
Gambar hanyalah sekadar contoh namun setiap Tatacata Mengangkat Sembah kepada Sultan yang memerintah mengikut Negeri adalah berbeza.
No comments:
Post a Comment