Wednesday 25 June 2014

KELANTAN DARUL NAIM !!

Inilah sebab mengapa kami warga Kelantan bersyukur dilahirkan dinegeri Cik Siti Wan Kembang. Negeri Tadahan Wahyu yang hampir setiap hari dihina oleh saudara seagama kami.
Katanya negeri kami miskin harta, tetapi kami pelik kerana negeri miskin inilah yang mereka takut. Takut akan kekuatan rakyatnya, gentar akan sifat rendah diri pemimpinnya, gerun akan sifat tawadduk Sultannya.
Seorang Sultan yang sering memakai jubah, berkopiah dan tidak menggunakan karpet kuning diraja seperti raja-raja lain.
Inilah Sultan Kelantan , sultan kebanggaan kami rakyat Kelantan yang akan menjadi Ketua Agama Islam untuk Malaysia dalam beberapa tahun lagi..

Friday 20 June 2014

DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.

Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Di Malaysia, Gelaran pangkal/awal nama bagi seseorang individu pemegang jawatan dalam Adat Karaeng adalah berbeza berdasarkan jawatan yang disandang/pegang dan berbeza juga mengikut umur seseorang itu, contohnya seorang Pengerusi yang berumur 42 tahun telah menerima anugerah gelaran Paduka Maharaja Indera Pahlawan maka, sebutan gelaran nama beliau ialah YTM Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Pahlawan. Contoh lain, seorang Ahli Jawatankuasa berumur 42 tahun menerima anugerah gelaran Johan Panglima Lela Perkasa, maka sebutan gelaran namanya ialah YM Datuk Johan Panglima Lela Perkasa. Diperjelaskan seperti berikut:-
GELARAN ANUGERAH KEMULIAAN.
-Antara gelaran anugerah kemuliaan adalah seperti berikut:-
Pertama; Yang Teramat Mulia – (Y.T.M.) atau ringkasnya YTM. Sebutan panggilan ini dikhaskan kepada Presiden, Yang Dipertua atau Pengerusi.
Kedua; Yang Amat Mulia – (Y.A.M.) atau ringkasnya YAM. Sebutan panggilan ini dikhaskan kepada pemegang jawatan utama iaitu Timbalan Presiden, Timbalan Yang Dipertua, Naib Presiden, Naib Yang Dipertua atau Naib Pengerusi dan semua Setiausaha (termasuk Setiausaha Agung, Setiausaha Kehormat dan lain-lain). Mereka juga pemegang jawatan utama yang empat (4) dalam sesebuah Jawatankuasa atau juga dikenali sebagai Orang Besar Yang Empat atau Orang Besar Kerajaan Adat atau Orang Besar Istana/Karaton/Saoraja dan lain-lain.
Ketiga; Yang Mulia – (Y.M.) atau ringkasnya YM. Sebutan ini dikhaskan kepada semua Ahli Jawatankuasa kecuali Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-Kira (Juruaudit). Mereka disebut panggilan, Yang Hormat – (Y.H.) atau ringkasnya YH.
GELARAN ANUGERAH KEHORMATAN.
Pertama; pemegang jawatan Gelar TUAN SRI.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini dikhaskan kepada pemegang jawatan utama iaitu Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Hendaklah berumur tidak kurang daripada dua puluh lima (25) tahun.
Kedua; pemegang jawatan Gelar TUAN MUDA.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur dibawah dua puluh lima (25) tahun.
Ketiga; pemegang jawatan Gelar DATUK.

-Bagi mereka yang berumur tidak kurang daripada empat puluh (40) tahun.
Keempat; pemegang jawatan Gelar TOK.

-Bagi mereka yang berumur tidak kurang daripada tiga puluh (30) tahun dan tidak melebihi empat puluh (40) tahun.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
— with Sultan Notobroto and Sultan Demak.

Ehsan dari 
Sri Pemangku Adat

Ehsan dari Sri Pemangku Adat