Tuesday 8 May 2012

YMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin...




Kali ini Warisan Permaisuri akan bercerita kisah seorang permaisuri yang tidak asing lagi buat kita.Wajahnya sangat dikenali sehingga hari ini.Baginda merupakan salah seorang permaisuri yang paling lama bertakhta.Hari ini,walaupun tidak lagi bertakhta,baginda masih aktif dalam pelbagai persatuan.Baginda yang dimaksudkan ialahYang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,D.K.,D.M.N.,D.K.(Kedah),D.K.(Kelantan),S.P.T.J.,S.P.M.K.

Potret rasmi sebagai Raja Permaisuri Agong.




Diputerikan sebagai YM Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin pada 11 September 1924 di Istana Baroh,Seri Menanti Negeri Sembilan.Baginda merupakan puteri Diraja Negeri Sembilan dan juga cucunda kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yamtuan Antah.Ayahanda baginda merupakan Tunku Besar Seri Menanti iaituAlmarhum Yang Amat Mulia Tunku Besar Burhanuddin Ibni Almarhum Yamtuan Antah.Bonda baginda pula ialah Almarhum Yang Mulia Cik Puan Halimah Binti Haji Umar.Dilahirkan di Istana sudah tentu baginda mendapat pendidikan yang sempuran sebagai seorang puteri raja.Baginda mendapat pendidikan awal secara formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah.Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke School Of Oriental and African Studies,London.Baginda juga mengikuti kursus bahasa dan program latihan khas untuk isteri diplomat semasa suaminya Almarhum Tuanku Jaafar mengikuti kursus khas Perkhidmatan Diplomatik di London.

Bersama Almarhum Tuanku Jaafar.


Mendirikan rumah tangga bersama Almarhum DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 8 Ogos 1942 ketika baginda berusia 18 tahun.Perkahwinan baginda berdua dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri.Putera-putera baginda terdiri daripada YAM Tunku Laksamana Naqiyuddin,YAM Tunku Muda Serting Tunku Imran,dan YAM Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin.Manakala puteri-puteri baginda terdiri daripada YAM Tunku Dara Naquiah,YAM Tunku Puteri Tunku Jawaher,dan YAM Tunku Irinah.Setelah kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar pada tahun 2008,Tunku Naqiyuddin diura-urakan akan mengisi jawatan Yang Dipertuan Besar.Namun Dato-Dato Undang memilih anakanda saudara baginda DYMM Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar yang baru.


Setelah kemangkatan Almarhum DYMM Tuanku Munawir pada 1967 suami baginda Tuanku Jaafar dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar.Tuanku Najihah diisytiharkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan oleh suaminya pada 19 Julai 1967 di Istana Besar Seri Menanti.Kemudian baginda berdua ditabalkan pada 8 April 1968 di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti.Baginda menduduki takhta Negeri Sembilan dalam tempoh yang lama iaitu selama 41 tahun sehingga kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar pada tahun 2008.Tuanku Najihah juga berkhidmat sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 10 antara tahun 1994-1999.Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong paling tua ketika bertakhta.Baginda berusia 70 tahun semasa menjadi Raja Permaisuri Agong ke 10.




Baginda dikenali sebagai seorang permaisuri yang kental dan juga amat meminati sukan.Keluar baginda dikenali sebagai Keluarga Diraja Sukan kerana semua anakanda baginda terlibat dalam sukan.Baginda juga amat gemar melukis.Baginda amat menghargai seni lukisan.Tuanku Najihah juga dikenali sebagai seorang yang amat prihatin terhadap kebajikan orang miskin dan orang kurang upaya.Baginda sering mencemar duli membantu dan melawat orang-orang kurang bernasib baik dan memberikan bantuan.Sebagai Penaung Rumah Kanak-Kanak Tunku Ampuan Najihah baginda sentiasa komited dalam tugas kebajikan ini.Baginda merupakan seorang yang aktif dalam berpesatuan.Tuanku Najihah merupakan Ahli Jawatankuasa Associated Country Women of the World.Selain itu baginda menjadi Penaung kepada berbagai persatuan antaranya Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM),Pertubuhan Pandu Puteri Negeri Sembilan, dan juga Institut Wanita Negeri Sembilan.

Bersalaman bersama anakanda saudara baginda Almarhum Sultanah Bahiyah.


Baginda tidak kurang hebatnya dalam bidang sukan.Baginda merupakan pemain golf yang sangat baik.Baginda juga gemar bermain hoki,bola keranjang,dan juga badminton.Tidak ketinggalan tenis dan juga sukan menembak.Baginda juga menanungi persatuan sukan antaranya menjadi Presiden Pasukan Badminton Tuanku Ampuan,Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia,Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia dan juga Pasukan Golf Wanita Malaysia.Baginda juga Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA).


Bukan sahaja dalam bidang sukan Tuanku Najihah juga amat mementingkan pendidikan.Sebagai bukti baginda merupakan Canselor Pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).Baginda telah menamatkan perkhidmatan baginda selaku Canselor pada 2011 dan digantikan oleh DYMM Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Semasa menyampaikan ijazah kepada Sheikul Al Azhar.


Selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar pada tahun 2008,Tuanku Najihah menggunakan gelaran Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah.Baginda masih bergelar Tunku Ampuan namun kedudukan baginda tidak melebihi Tunku Ampuan Besar DYMM Tuanku Aishah Rohani.Baginda bersemayam di Istana Salatin di Negeri Sembilan.Walaupun usia baginda mencecah 88 tahun,Tuanku Najihah masih aktif mencemar duli ke majlis-majlis keraian.Baginda juga masih mampu untuk membuat kunjungan diraja ke luar negara.Sama-sama kita doakan kesihatan Tuanku Najihah.


Berikut merupakan gambar kenangan Tuanku Najihah:

Bersama Raja Pengiran Isteri Saleha dan Tunku Jawaher semasa kunjungan baginda ke Brunei.

Bersama Dato Seri Mohamad Hassan dan isteri Datin Seri Raja Salbiah.

Mengadakan perjumpaan di Istana Salatin.


Bersama pengurusan tertinggi USIM.

Dipimpin oleh adinda baginda Tunku Shahabuddin.

Bergambar bersama Almarhum Sultanah Bahiyah,Almarhum Tengku Ampuan Bariah,dan Tengku Anis.

Hebatnya anak2 Tunku Besar Burhanuddin ibn Yam Tuan Antah

Permaisuri Warisan Tunku Besar Burhanuddin...


Tentu anda tidak mengenali siapakah pemilik potret di atas ini.Dan apakah hubungan pemilik potret ini dengan Permaisuri yang pernah bertakhta di negara kita ini.Baginda ialah Yang Amat Mulia Almarhum Tunku Besar Seri Menanti Tunku Besar Burhanuddin Ibni Almarhum Tuanku Antah,CMG.Baginda merupakan putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan dilantik sebagai Tunku Besar Seri Menanti untuk tempoh yang amat lama.Baginda juga merupakan ayahanda kepada dua orang Raja Permaisuri Agong dan juga nenda kepada seorang Raja Permaisuri Agong.Tunku Besar Burhanuddin diputerakan pada 22 September 1878.Baginda merupakan putera kedua kepada Almarhum Tuanku Antah Ibni Almarhum Tuanku Nasiruddin dan Encik Puan Besar Cik Halimah Binti Uggoh.Baginda berkahwin dua kali.

Pertamanya dengan Almarhum Tunku Sharifah Alawiyah Binti Sayyid Abdul Hamid.Pasangan ini dikurniakan 6 Putera dan 4 Puteri.Dua orang puteri baginda berdua iaitu Tunku Kursiah dan Tunku Durah telah menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan puteri Sulungnya iaitu Tunku Kursiah menaiki takhta kerajaan Persekutuan sebagai Raja Permaisuri Agong Pertama pada tahun 1957.Kali keduanya baginda berkahwin dengan Cik Halijah Binti Haji Umar.Perkahwinan kedua baginda dikurniakan 3 putera dan 2 puteri.Puteri bongsu baginda bersama Cik Halijah iaitu Tunku Najihah menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Ke 10 dan ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong Ke 10 pada 1994.Tunku Besar Burhanuddin mangkat pada 5 Julai 1961 di Istana Baroh.Baginda berusia 83 tahun ketika itu.Baginda dimakamkan di Makan Diraja Seri Menanti.Berikut merupakan Permaisuri yang bersusur galur daripada keturunan Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Puteri Sulung Tunku Besar Burhanuddin : Almarhum Tuanku Puan Besar Kursiah .

Almarhum Tuanku Puan Besar Kursiah berkahwin dengan sepupu baginda sendiri iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad.Tuanku Muhammad merupakan kekanda sulung kepada Tunku Besar Burhanuddin.Tuanku Puan Besar Kursiah menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1933 sehingga tahun 1960.Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Pertama antara tahun 1957 hingga 1960.Baginda mangkat pada tahun 1999 ketika berusia 88 tahun.

Puteri Tunku Besar Burhanuddin : Almarhum Tuanku Ampuan Durah .

Tuanku Ampuan Durah berkahwin dengan Almarhum Tuanku Munawir yang merupakan putera sulung kepada abang iparnya iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Ini bermakna Almarhum Tuanku Munawir berpangkat anakanda saudara kepada Tuanku Ampuan Durah.Tuanku Munawir juga merupakan anakanda tiri kepada kekanda sulung Tuanku Ampuan Durah iaitu Tuanku Puan Besar Kursiah.Baginda menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1960 sehingga 1967.Baginda mangkat pada tahun 1999 ketika berusia 77 tahun.Satu-satunya putera baginda iaitu DYMM Tuanku Muhriz telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke 11.

Puteri Bongsu Tunku Besar Burhanuddin : Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah.

Tuanku Najihah berkahwin dengan putera kedua Tuanku Abdul Rahman iaitu Almarhum Tuanku Jaafar.Tuanku Jaafar merupakan adinda kepada Almarhum Tuanku Munawir.Pada masa yang sama juga Tuanku Jaafar berpangkat anakanda saudara kepada Tuanku Najihah.Tuanku Najihah menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan menggantikan kekandanya Tuanku Ampuan Durah pada tahun 1967.Baginda menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan selama 41 tahun sehingga tahun 2008.Berkhidmat sebagai Raja Permaisuri Agong Kesepuluh pada tahun 1994 sehingga 1999.Kini bergelar Tunku Ampuan Negeri Sembilan dan bersemayam di Istana Salatin Negeri Sembilan.

Cucunda Tunku Besar Burhanuddin : Almarhum Sultanah Bahiyah.

Sultanah Bahiyah merupakan cucunda kepada Tunku Besar Burhanuddin.Baginda merupakan anakanda sulung Almarhum Tuanku Puan Besar Kursiah dan Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Baginda berkahwin dengan KDYMM Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.Baginda menjadi Sultanah Kedah pada tahun 1958 sehingga 2003.Baginda juga menjadi Raja Permaisuri Agong Ke 5 pada tahun 1970 hingga 1975.Sultanah Bahiyah mangkat pada tahun 2003 akibat kanser.

Gambar 4 orang Permaisuri warisan Tunku Besar Burhanuddin.Dari kiri Tuanku Najihah,Sultanah Bahiyah,Tuanku Ampuan Durah dan Tuanku Puan Besar Kursiah.