Thursday 26 December 2013

Kenapa saya Suka & Meminati Najib secara pribadi.... Inilah kesungguhan beliau sebagai PM pada hampir setiap hari beliau...


25-12-2013
Petang tadi saya meluangkan masa bersama pemimpin-pemimpin dan rakyat jelata dari pelbagai latar belakang dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2013 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Negara kita memang terkenal di serata dunia kerana konsep "kesatuan dalam kepelbagaian" dan saya berdoa agar kita sentiasa pertahankan kekuatan dan keunikan kita ini.

20-12-2013
Two years after being active on Facebook, PM Dato' Sri Mohd Najib has organised various events, including a football viewing party at his official residence in Seri Perdana. Despite his favourite team (Manchester United) losing, he thoroughly enjoyed watching the Manchester United - Manchester City match with his Facebook friends. Share with us your favourite meet-and-greet moment with PM Najib. In the meantime, visit this microsite to view the PM's special dedication to all of you http://1malaysia.com.my/2millionfb/ -Admin

18-12-2013
Bidang sains dan teknologi sentiasa bergerak pantas dalam menjana idea dan strategi demi memupuk kemakmuran. Sewaktu menghadiri majlis Makan Malam Tahunan Akademi Sains Malaysia (ASM) malam tadi, saya mengulangi tekad kerajaan untuk meneroka pembangunan sains dan teknologi memandangkan aspek ini sangat penting dalam usaha kita mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

18-12-2013
In 2010, PM Dato' Sri Mohd Najib invited some of his Facebook friends to Seri Perdana to get to know them better. He has since continued to organise various gatherings, such as Mari Berjumpa Mari Berhubung and the football viewing party to meet his social media friends nationwide. Share with us your favourite meet-and-greet moment with the Prime Minister. To commemorate the 2 million likes he received through this page, PM dedicates this microsite to thank all of you http://1malaysia.com.my/2millionfb/ - Admin




13-12-2013
13-12-2013
Sharing a light moment with Japan PM Shinzo Abe in his garden, earlier this morning. We had a fruitful meeting earlier regarding the future paths of Malaysia-Japan relationship. I am optimistic that both countries will enjoy enhanced co-operation and better ties ahead.

11-12-2013
Had a farewell meeting with outgoing Chinese ambassador to Malaysia, HE Datuk Chai Xi, earlier today. I thanked him for his support and dedication towards strengthening the bilateral ties between Malaysia and China. I'm happy to have hosted him for the past three years.

10-12-2013
Petang tadi, saya telah bergegas ke Pekan bagi meninjau perkembangan terkini keadaan banjir di sana. Saya sempat mendapatkan maklumat mengenai keadaan mangsa banjir, ketika melawat Pusat Penempatan Sementara di Kg Lamir, Tanah Putih, Pulau Jawa dan Kg Sg Isap. Rata-rata penduduk menyatakan harapan tinggi agar situasi ini akan pulih segera. Mereka juga merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia di atas semangat keprihatinan dan sumbangan yang dihulurkan dalam menghadapi situasi ini.

9-12-2013
Peranan yang dimainkan oleh pesara-pesara kanan kerajaan sangat penting dalam usaha kita bersama-sama membangunkan negara dari pelbagai sudut. Alhamdulillah, Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) telah tiga tahun ditubuhkan dan baru saja selesai melangsungkan Mesyuarat Agungnya yang ketiga di Putrajaya, tengahari tadi.

8-12-2013
Ketika tiba di Bandar Seri Begawan pagi tadi, dan disambut oleh Pengiran Muda Mahkota Brunei, Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, untuk menghadiri Konsultasi Tahunan ke-17. Semoga Malaysia dan Brunei memperolehi berkat dan hidayahNya tahun ini, insyaAllah.

8-12-2013
Meriah sungguh Perhimpunan UMNO 2013 apabila turut disertai oleh 80 perwakilan Kelab UMNO dari luar negara yang terdiri daripada 73 Kelab UMNO Luar Negara dan 7 Badan Perhubungan Negara.

8-12-2013
Perhimpunan Agung UMNO 2013 turut menyaksikan penyertaan seramai 101 delegasi dari 28 buah negara luar untuk sama-sama mengikuti wadah perjuangan UMNO untuk Malaysia

7-12-2013
Semangat membara yang ditunjukkan oleh sidang perwakilan Perhimpunan UMNO 2013 sewaktu saya menyampaikan ucapan penggulungan di Dewan Merdeka, PWTC, petang tadi jelas menggambarkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli UMNO.

7-12-2013
Perhimpunan Agung UMNO 2013 adalah perhimpunan agung parti UMNO yang ke-67, sejak perhimpunan secara besar-besaran Kongres Melayu Se-Malaya di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac, 1946.

6-12-2013
Konvoi khas Ops Banjir Kesatria Muda adalah usaha Pergerakan Pemuda UMNO untuk menghulurkan sumbangan serta mengerah tenaga membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan. Selesai menunaikan solat Jumaat tengahari tadi, saya telah melepaskan konvoi ini agar mereka segera dapat ke negeri-negeri terbabit dan melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin. Saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda atas inisiatif ini.

6-12-2013
Perhimpunan Agung UMNO keenam pada tahun 1951 membawa satu hasrat besar untuk Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Perhimpunan tersebut membawa hasrat setiap ahli UMNO untuk memperjuangkan kemerdekaan negara. Maka, pada perhimpunan tersebut, telah diputuskan bahawa slogan "Hidup Melayu" ditukar kepada "Merdeka".

6-12-2013
Bayi 21 hari, Nurul Hana Mohd Hazdli, sekarang di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan. Semoga keadaan banjir segera pulih dan Nurul Hana boleh cepat pulang ke rumah.

5-12-2013
"UMNO: Membina Masa Depan" adalah tajuk ucapan dasar saya pada #PAU2013 di Dewan Merdeka, PWTC, pagi tadi. Saya menggesa setiap ahli UMNO agar memupuk transformasi, kerana untuk membina masa depan yang gemilang, kita tidak boleh terus kekal terperangkap dalam belenggu negara sederhana dan kurang kompetitif.

5-12-2013
Kawalan kehormat dari perwakilan-perwakilan UMNO menunjukkan semangat yang membara di Pusat Dagangan Dunia Putra, pagi tadi.

5-12-2013
Ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, di mana 500 orang mangsa banjir ditempatkan, tengahari tadi. Walaupun menghadapi saat-saat sukar, semangat dan ketabahan mangsa-mangsa banjir ini masih jelas kelihatan. Semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala secepat mungkin. InsyaAllah.

4-12-2013
Penubuhan UMNO secara rasmi 67 tahun dahulu muncul sebagai sebuah peristiwa bersejarah untuk Tanah Melayu dan Malaysia. Semenjak ditubuhkan, UMNO sentiasa menjadi baris hadapan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara. Walaupun kini kita menghadapi cabaran serta senario politik yang berbeza, saya yakin, UMNO tidak akan lari daripada perjuangan murni untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

4-12-2013
Malam tadi, saya giat melakukan penelitian teks ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013. Saya akan menyampaikan ucapan dasar ini esok, dan ucapan penggulungan pada hari Sabtu nanti. Kepada semua perwakilan, selamat bersidang, semoga perhimpunan kali ini dapat mengukuhkan perpaduan sesama kita.


2-12-2013
The decentralisation of knowledge is as profound a revolution as the invention of writing itself. More information is more accessible to more people than at any time in history. Voters are better informed and more discerning; free to compare and contrast their political systems like never before. 

I am determined to lead a government that governs for all Malaysians. Because I believe UMNO’s greatest achievement is not the defence of just one race, but the creation of one state, one nation, one Malaysia. I believe history will judge UMNO by its ability to uphold the dignity not just of the Malay race and Islam, but of our country.

Now we must make our party and our values relevant to new generations; to those who have only ever known an independent and wealthy Malaysia, and who expect greater liberty and more opportunity. This is the new politics. We are not fighting the same fight as we were in the 1960s, the 1970s, or the 1980s. For our party and our nation to succeed, we must understand the aspirations of younger, better educated, more urban voters. We must be mindful of tradition, but look always towards the future.

We must strengthen the bonds between our people, from the biggest cities to the smallest kampungs. We must demonstrate that our vision of Malaysia’s future is compatible with people’s interests; that UMNO has not just a proud past, but a clear vision for the future. We must put nation above self, and people above self-interest; rejecting corruption, embracing open politics, and living the values we espouse.