Tuesday, 27 March 2012

Tunku Besar Burhanuddin Tuanku Antah (1878 - 1961)

Birthdate:
Birthplace:Sri Menanti, Negri Sembilan, Malaysia
Death:Died in Istana Baruh - Sri Menanti, Negri Sembilan, Malaysia

About Tunku Besar Burhanuddin Tuanku Antah

YAM Tunku Besar Burhanuddin ibni Tuanku Antah merupakan salah seorang pewaris tahta Kerajaan Negeri Sembilan yang mana tiga orang puterinya bertahta sebagai Tunku Ampuan kepada tiga orang Yang Di-Pertuan Besar atau Yamtuan selama 76 tahun bermula 1933 sehingga 2008.

YAM Tunku Burhanuddin dilahirkan pada 03.06.1935 di Seri Menanti dan mangkat di Istana Baroh, Seri Menanti pada 05.07.1961 dan dimakamkan di Makam DiRaja Bukit Serajin. YAM digambarkan sebagai seorang yang tegas, berdisiplin dan berpengaruh. YAM merupakan putera kedua kepada Tuanku Antah dari bondanya Cik Puan Besar Halimah. YAM mempunyai dua orang isteri iaitu Sharifah Alawiyah Syed Abdul Hamid dan Halijah Haji Omar dengan dikurniakan sembilan putera dan tujuh puteri. Secara tidak langsung dengan ikatan perkahwinan ini menjadikan kesemua Pewaris Tahta atau Putera Yang Empat adalah merupakan cucunda-cucunda dari keturunan YAM Tunku Besar Burhanuddin.

No comments:

Post a Comment