Tarikh | Peristiwa |
Abad 12 | 1. Kedatangan perantau pelarian ke Tumasik (Marsden) |
2. Penghijrahan daripada Tumasik ke utara Semenanjung Tanah Melayu : Sang Hyang Hujung, Kelang dan Muar – membuka penempatan | |
Abad 13 | |
±1260 | 1. Kedatangan perantau pelarian ke Sang Hyang Hujung |
2. Perantau pelarian masuk ke pendalaman Sang Hyang Hujung meneroka kawasan Rembau : di tebing Sungai Penajih | |
Abad 14 | |
1365 | Penempatan di Sang Hyang Hujung di bawah takluk Majapahit (Nagarakartagama) |
± 1338 | Kedatangan perantau peneroka dan pedagang ke Rembau. Mereka membuat penempatan sementara (dusun). (Abas Haji Ali). |
± 1338 | Kedatangan perantau peneroka dan pedagang ke Rembau. Mereka membuat penempatan sementara. (Newbold) |
Abad 15 | |
± 1475 | Batin Sekudai dilahirkan |
± 1490 | Batin Sekudai berkahwin |
± 1490an | Datuk Leteh, pembesar Minangkabau sampai ke Rembau menetap di Kampung Relong. |
±1497 | 1. Datuk Bungkal binti Batin Sekudai dilahirkan di Kampung Relong |
2. Datuk Bungkal diambil oleh Datuk Leteh sebagai anak angkat | |
± 1498 – 1500 | Tun Zainal Abidin bin Bendahara Seri Maharaj Tun Perak berada di Lubuk Cina, Rembau. Bergelar Datuk Lubuk Cina |
Abad 16 | |
± 1500 | Batin Sekudai dan Datuk Leteh berpindah dari Kampung Relung ke Kampung Kebun Lada (Kampung Lada sekarang) |
± 1501 | 1. Batin Sekudai meninggalkan Rembau untuk menetap di Siliau. |
2. Datuk Leteh dilantik sebagai pentadbirRembau | |
3. Rembau mencapai tahap nagari dalam proses metamorfosis penempatan Minangkabau | |
± 1502 | 1. Batin Pak Nilu membuka hutan Gombigho (Gembira) di kawasan Kota sekarang. ** Nama asal Kota adalah Gombigho. |
2. Membuat penempatan untuk Datuk Bungkal | |
3. Pokok merbau tua yang tumbuh diKampung Api-api sekarang ditebang | |
4. Nama Rembau bertukar daripada PerabukepadaMerbau Tua. | |
± 1504 | 1. Datuk Leteh dan Datuk Bungkal berpindah dari Kampung Kebun Lada ke Kampung Gombigho |
2. Datuk Bungkal menukar nama Kampung Gombigho kepada Kampung Kotor(Kampung Kota Lama sekarang) | |
1511 | 1. Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis |
2. Sultan Mahmud Melaka berundur ke Rembau (Braddell) | |
1512 | Ekspedisi tentera Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning (kawasan Kendung sekarang) |
1514 | Portugis mendirikan kubu di Kuala Sungai Penajih (Kuala Linggi sekarang) |
1515 – 1516 | 1. Datuk Lela Balang dan orangnya sampai di Kampung Kotor |
2. Datuk Laut Dalam dan pengikutnya membuka Kampung Padang Lekok | |
3. Datuk Lela Balang berkahwin dengan Datuk Bungkal binti Batin Sekudai | |
1516 – 1517 | Si Rama bin Datuk Lela Balang dilahirkan |
1519 – 1525 | 1. Kedatangan Datuk Budi, Datuk Laut, Datuk Baginda dan Datuk Putih ke Rembau |
2. Mereka membuat penempatan di Rembau Darat; Kampung Batu Hampar, Kampung Sungai Layang, Kampung Bintongan dan Kampung Lubuk Rusa – Selemak | |
1520an | 1. Perikatan Lembaga Yang Lima atau dikenali sebagai Berlima Ke Huluditubuhkan di Rembau Darat. |
2. Ikatan Bersembilan Suku Ke Hilir atau dikenali juga sebagai Bersembilan Ke Hilirditubuhkan di Rembau Darat | |
1524 – 1525 | Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam dilahirkan di Kampung Padang Lekok. |
1539 -1540 | 1. Datuk Lela Balang dengan diiringi oleh Datuk Laut Dalam mengadap Sultan Alauddin Ri’ayat Shah (1527/28 – 1564) di Johor Lama |
2. Sultan merestui pelantikan keturunan Datuk Lela Balang sebagai Penghulu Rembau dan memberi gelaran Datuk Lela Maharaja | |
3. Sultan juga merestui permintaan Datuk Laut Dalam agar keturunannya juga menjadi Penghulu Rembau secara bergilir dengan keturunan Datuk Lela Balang dengan gelaranDatuk Sedia Raja | |
4. Sultan memberi gelaran baru kepada Datuk Lela Balang : Datuk Gempa Maharaja dan Datuk Laut Dalam : Datuk Merah Bangsa (Datuk Merbangsa) | |
5. Kerapatan besar adat untuk menyusun struktur dan organisasi politik serta sosial Rembau khususnya Rembau Baroh | |
1540 | 1. Si Rama bin Datuk Lela Balang @ Datuk Gempa Maharaja dikerjankan sebagai Penghulu Rembau yang pertama di Kampung Kota |
2. Si Rama dikahwinkan dengan Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam @ Datuk Merbangsa di Kampung Padang Lekok | |
3. Penubuhan Lembaga Tiang Yang Empat Di Baroh | |
4. Melantik dan memberi gelaran kepada ketua-ketua suku di Rembau termasuk suku-suku di Rembau Darat | |
1540 – 1541 | 1. Ambo bin Si Rama dilahirkan |
2. Kerapatan adat membahagikan Rembau kepada dua iaitu Rembau Baroh danRembau Darat | |
3. Kedatangan orang Tanah Datar daripada Minangkabau di bawah pimpinan Datuk Maharaja Inda Bogok | |
4. Kedatangan orang Tiga Batu di bawah pimpinanNang Besar | |
5. Kedatangan orang suku Mungkal dari Machap, Naning di bawah pimpinan Datuk Mengiang(sekarang disebut Datuk Ngiang) | |
1555 | 1. Datuk Lela Maharaja Si Rama meninggal dunia |
2. Ambo bin Si Rama dilantik menjadi Penghulu Rembau kedua | |
1586 | 1. Utusan daripada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Shah (1570 – 97) menemui Datuk Sedia Raja Ambo meminta bantuan menyerang Melaka |
2. Orang Rembau membakar dan memusnahkan harta benda di sekitar tebing Sungai Melaka serta menyekat lalu lintas makanan keluar masuk ke Melaka | |
3. Orang Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning. Mereka dipimpin oleh a’Azambuja | |
4. Datuk Ambo memohon perdamaian dengan d’Azambuja. |
Monday, 19 December 2011
Sejarah Rembau - Bahagian 1
Labels:
Adat Istiadat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment