Monday 19 December 2011

DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


DYMM Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah diputerikan di Batu Gajah, Perak pada 19 Jun 1952. Baginda merupakan puteri kepada YAM Tengku Sri Utama Raja, Tengku Besar Mahmud ibni Sultan Zainal Abidin III dan Tok Puan Zainun Binti Haji Su Mahmud. Baginda merupakan kerabat Diraja Terengganu.



Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 25 April 1974. Istiadat Perkahwinan Diraja itu telah dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu dan Istiadat Bertandang diadakan di Istana Lama Seri Menanti dan Istana Munarah, Seremban. Baginda berdua telah dikurniakan 3 orang putera.



Di samping komited menguruskan keluarga, baginda juga sering meluangkan masa mengikuti program-program amal yang di kendalikan oleh persatuan-persatuan yang baginda anggotai seperti Ineer Wheel of Kuala Lumpur. Baginda juga merupakan ahli Kuala Lumpur Speakers Club. Baginda sering mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan ke rumah anak yatim dan orang tua.



Dalam bidang yang lain, baginda pernah ke Amerika Syarikat untuk mengikuti dan mendalami kursus penjagaan kanak-kanak istimewa, khususnya dalam bidang perkembangan kanak-kanak yang dianjurkan oleh ’Institute For The Achievement of Human Potential’, Philadelphia, Pennsylvania. Dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini, baginda sering memberi nasihat dan tunjuk ajar serta pertolongan kepada mereka yang memerlukan.



Baginda juga meminati kesenian tangan seperti jahitan ’crochet’, ’procelain’ dan ’ceramic paintings’. Baginda pernah menghasilkan beberapa karya dan kerja tangan untuk kegunaan sendiri juga untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan baginda. Baginda juga amat minat memelihara kucing.


No comments:

Post a Comment