Monday, December 5, 2011
Keris Almarhum Sultan Ali di London Bukan Milik Baginda ?
05.12.2011, Isnin - Berita ini Syah ambil dari sebuah laman blog mengenai keluarga diraja Perak, Sembang Kuala mengenai sebilah kersi yang dipamirkan di Muzium Victoria and Albert London yang di dakwa kepunyaan Almarhum Sultan Ali yang mangkat pada tahun 1671. Keris yang bertatahkan perak dan kaca ini merupakan koleksi E.S. Wilkinson. Kepada yang pernah ke London, Pernah tak anda melhatnya sendiri di Muzium berkenaan?
Sembang Kuala dalam postnya pada 13.11.2011 menafikan keris tersebut kepunyaan Almarhum Sultan Ali berdasarkan tarikh berkenaan. Almarhum Paduka Seri Sultan Ali al-Mukammal Inyat Shah Marhum Nabi Allah Sultan Perak ke-24 yang memerintah mulai 1865 - 1871 dan baginda mangkat pada 1871 dan bukannya 1671. Sultan Perak yang memerintah sekitar 1671 adalah Sultan Perak ke-11, Almarhum Paduka Seri Sultan Mahmud Iskandar Shah atau Marhum Besar Aulia Alllah yang memerintah dari 1653 - 1720.
Nota : Info Sembang Kuala/Raja Mahriz Raja Muzaffar
No comments:
Post a Comment