Rahsia di balik Rahsia Keluarga & Keturunan Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman. Semuga Perpisahan akan Bertemu Kembali. Semuga yang Carik akan Bertaut Kembali. Semuga Allah akan menghulurkan Jawapan kepada Misteri Puluhan Tahun yang Terus Tenggelam selama ini.
Thursday, 12 January 2012
Kuasa DiRaja Mengikut Undang2
Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183). Selepas baginda, Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.
Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengangkat keris kerajaan sempena Majlis Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26 April 2007 di Istana Negara.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Penerangan Malaysia
Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.
No comments:
Post a Comment