Tuesday, 24 January 2012

Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, Sultan Terakhir Aceh

Almarhum Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, Sultan Terakhir Aceh yang berketurunan Bugis
Peristiwa Almarhum Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah bersama Putera Mahkota Tuanku Raja Ibrahim dipaksa menyerah diri oleh Pihak Belanda pada 1903

Batu Nisan Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah

24.01.2012, Selasa - Tahukah anda bahawa Aceh dahulunya mempunyai Sultan dan kesultananya telah dihapuskan oleh pihak penjajah sebelum Indonesia menjadi Republik lagi. Kesultanan Aceh merupakan sebuah kuasa besar satu ketika dahulu dan begitu terkenal dalam Alam Melayu dan menjadi pencabar utama kepada kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Inggeris dan Belanda tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan didunia ini tidak ada yang kekal untuk selama-lamanya. Begitulah juga nasib yang menimpa Kesultanan Aceh yang didirikan oleh Sultan Ali Mughayat Syah pada 1496 ini. Kesultanan yang diasaskan pada 1496 ini akhirnya dimansukkan pada 1903 iaitu setelah bertahta selama lebih kurang 407 tahun oleh pihak Penjajah Belanda.

Di Aceh juga terdapat pemerintah dari kaum wanita menggantikan Sultan dengan menggunakan gelaran Sultanah Aceh iaitu :-
  • Sri Ratu Safiatuddin Tajul Alam (1641-1675)
  • Sri Ratu Naqiatuddin Nurul Alam (1675-1678)
  • Sri Ratu Zaqiatuddin Inayat Syah (1678-1688)
  • Sri Ratu Zainatuddin Mamalat Syah (1688 - 1699)
Dari 35 orang Sultan yang memerintah Aceh, Empat daripadanya adalah terdiri dari kaum Wanita. Siapa kata kaum wanita tidak diberikan hak yang sama dengan kaum lelaki, bukti ini menunjukkan dari zaman dahulu lagi kaum lelaki memberikan hak dan peluang kepada kaum wanita menjadi pemimpin.

Sultan terakhir Acheh adalah Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah yang merupakan cucunda kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Aceh ke-33 dan anakanda kepada Tuanku Zainal Abidin Alaiddin Syah. Baginda telah dipaksa menyerah diri kepada Belanda dan selepas itu baginda dan kerabat diraja serta pembesar-pembesarnya dibuang negeri pada 1907. Baginda kemudiannya mangkat di Batavia atau sekarang dikenali sebagai Jakarta pada tahun 1939 dan telah dimakamkan di Perkuburan Umum Kemiri, Rawamangun Jakarta iaitu berhampiran kampus Universiti Negeri Jakarta (UNJ) sekarang ini. Baginda dinobatkan sebagai Sultan Aceh di Masjid Indrapuri, Indrapuri pada 1874.

Baginda berkahwin sebanyak empat kali iaitu dengan :-
  • Permaisuri Teungku Putore Gambar Gading binti Tuanku Abdul Majid dan dikurniakan dengan anak kembar iaitu Tuanku Cut Rayek (mangkat semasa bayi) dan Tuanku Raja Ibrhim @ Tuanku Raja Manyak.
  • Pocut Manyak Cot Murong Sultan tidak dikurniakan sebarang cahayamata tetapi memelihara Tuanku Raja Ibrahim @ Tuanku Raja Manyak.
  • Teunku Jam Manikam binti Tuanku Mahmud tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Dikatakan makannya ada di Kedah
  • Neng Effi yang dikahwini oleh baginda semasa dalam buangan dan dikurniakan eapat orang putera dan seorang puteri.
Pada 26.11.1902 Permaisuri Teungku Putroe Gambar Gadeng bersama Putera Mahkota Tuanku Raja Ibrahim telah ditangkap oleh Belanda di Kampung Glumpang Payong Pidie. Tujuan Belanda menawan Permaisuri dan Putra Mahkota adalah sebagai umpan untuk memaksa Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah menyerah diri kepada Belanda. Taktik ini telah berjaya dan dapat memaksa Tuanku Sultan bertemu dengan Belanda di Sigili. Pada 20.01.1903 Tuanku Sultan telah dibawa berjumpa Gebenor Aceh, Jeneral Van Heutz dan menandatangani MOU damai dengan Belanda di Kuta Raja.

Selepas it, Tuanku Sultan hanya dibenarkan bergerak bebas sekitar Aceh Besar sahaja dan telah diberikan sebuah kediaman yang lengkap dan diberi elaun sara hidup sebanyak 1,200 florin dan anakandanya juga mendapat tajaan belajar oleh pihak Belanda. Kemudahan ini diberikan agar Tuanku Sultan menyokong pentadbiran Belanda di Aceh. Walau bagaimanapun hasil dari perisikan yang dijalankan, pihak Belanda mendapati Tuanku Sultan memberi sumbangan dan sokongan kepada para pejuang menentang Belanda. Panglima Nyak Asan dan Nyak Abaih adalah orang tengah baginda dalam urusan ini. Pada 1907 pihak Belanda telah mengeledah kediaman Tuanku Sultan dan mendapati bukti-bukti seperti surat-surat Tuanku Sultan kepada para pejuang. Mereka juga mendapati Tuanku Sultan terlibat sama dalam serangan tergempar terhadap Markas Belanda di Kuta Radja pada 06.03.1907.

Ekoran dari perbuatan Tuanku Sultan terhadap Belanda, Gabenor Militer Aceh Letnan Jenderal Van Daalen melihat Tuanku Sultan sebagai satu ancaman besar terhadap kuasa Belanda di Aceh dan telah mengusulkan Tuanku Sultan dibuang negeri daripada Aceh. Pada 24.12.1907 pihak Belanda telah membuat keputusan dan membuang negeri Tuanku Sultan, kerabat diraja serta pembesar-pembesar Aceh keluar dari bumi Aceh. Tuanku Sultan dan lainnya dihantar ke Batavia dan menetap di Jatinegara dan sekarang dikenali dengan nama Gudang Bulog. Dari Batavia Tuanku dan Keluarga dipindahkan pula ke Ambon kerana rahsia baginda meminta bantuan daripada maharaja Jepun terbongkar. Pihak Belanda telah menjumpai surat tersebut. Beberapa tahun kemudiannya, Tuanku Sultan dan kerabat diraja dipindahkan semula ke Rawamangun Jakarta sehinggalah baginda mangkat di Rawamangun Jatinegara pada hari Isnin bersamaan 06.02.1939.

Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, Semuga Roh Baginda Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Sumber :- Acehnet.org/Mawardihassan/Wikipedia

No comments:

Post a Comment