Monday, 13 February 2012
Doa Agar di Permurahkan Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
✿ܓ Menyempatkan diri beribadah
✿ܓ Memperbanyak istighfar
✿ܓ Tinggalkan perbuatan dosa
✿ܓ Sentiasa ingat Allah
✿ܓ Berbakti dan mendoakan ibu bapa
✿ܓ Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
✿ܓ Tunaikan hajat orang lain
✿ܓ Banyak berselawat
✿ܓ Buat kebajikan banyak-banyak
✿ܓ Berpagi-pagi
✿ܓ Menjalin silaturrahim
✿ܓ Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
✿ܓ Bersedekah
✿ܓ Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
✿ܓ Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
✿ܓ Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Ali Imran: 145)
✿ܓ Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
✿ܓ Berdoa
✿ܓ Berikhtiar sehabisnya
✿ܓ Bertawakal
InsyaAllah
Labels:
At-Taqwa Wal-Iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment