Sunday, 23 June 2013

Untuk Pedoman......(Mimpi Seorang Gadis)


> MIMPI SEORANG GADIS
> Untuk Renungan Bersama..... .Bismillahirrahm anirrahim
> Wbrth!!!
>
> Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30
> pagi April 2009)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood
>
> Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kan
> ann ya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
> wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang
> amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
> "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
> kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
>
> Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku
> padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah
> anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku
> itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini."
> Balas gadis tadi.
>
> "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
> wahai anakku."
>
> Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis
> tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

> Keada ann ya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air
> kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu
> hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip
> mata."
> Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
> "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju
> dan di tangan kan ann ya ada sehelai tuala kecil.. Beliau
> mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang
> api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,
> kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika
> hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran
> islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
>
> Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
> bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan
> sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang
> lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan
> hartanya sahaja..

> Lalu aku terus mencari ayahku.. Rupanya beliau berada di


> syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan
> yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
>
> Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan
> dan kuat beramal.. Lalu aku bertanya kepada ayahku.
> "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di
> neraka.  Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia
> ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah
> agama"
>
> Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan
> semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi
> walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah
> pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di
> dunia"
>
> Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku,
> aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan
> kananku lalu dibawa ke neraka.
>
> Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka
> telah menyambar tanganku sehingga melecur.
>
> Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku
> melecur teruk.
>
> Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya
> Rasulullah."
> Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak
> henti-henti mengalir di pipi.
>
> Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan
> gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk
> dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar
> maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan
> semua umat Islam..
>
> Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
>
> Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah...
> .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan
> kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.
> INSYALLAH"
>
> "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS
> PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA
> MANUSIA..... .......SEBARKANLA .......
>
> WASSALAM!!!. .......
>  

Mempertahankan diri dari dirogol sehingga menyebabkan kematian berakhir dengan 2 tahun penjara



Sabtu, Jun 22, 2013
Kalau kau nak rogol, rogollah, aku tak kisah!! 

Kalau korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul seorang lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!!

Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan.

Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah.

Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan "pembunuhan kejam", tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun.

Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!

Haze: All schools in Selangor, Kuala Lumpur to close tomorrow

A boy looks at the fountain at KLCC on Sunday afternoon as the haze envelopes the city skyline in the background.A boy looks at the fountain at KLCC on Sunday afternoon as the haze envelopes the city skyline in the background.
PETALING JAYA: All schools in Kuala Lumpur and Selangor will be closed tomorrow as the haze situation worsens at 5pm Sunday.
Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri G Palanivel saidsecond education minister Datuk Seri Idris Jusoh would take the necessary follow-up actions.
Palanivel said the haze situation had worsened as of 5pm Sunday and the schools have been ordered to be closed due to health reasons.
He advised parents to keep their children indoors and if they need to go out to use face masks.

Wanita Menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ditangkap

05 Jun 2013, Rabu :-


Pepatah Melayu ada menyatakan "Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Jangan Sekali", begitulah nasib yang menimpa seorang wanita bernama Melissa Gooi yang ditahan oleh pihak Polis berhubung kes menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui laman sosial Facebook. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya mengesahkan bahawa pemilik akaun facebook diatas nama Melissa Gooi berusia 32 tahun telah ditahan dalam satu serbuan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).  Melissa dipercayai berkerja sebagai pengurus pemasaran sebuah syarikat produk kecantikan telah menyembunyikan diri setelah semenjak identitinya didedahkan oleh beberapa lama blog. Beliau ditahan semalam lebih kurang jam 09:30hrs berhampiran kediamannya di Taman Nirwana, Ampang. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada lewat petang semalam manakala telefon bimbitnya dirampas untuk tujuan siasatan.

Melissa ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kerana menghina ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook pada 01 Jun 2013.  Melissa dan rakan-rakannya dikatakan menulis kata-kata penghinaan di Facebook ketika Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong  bertitah melalui siaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia atau RTM. Dalam Titah berkenaan, baginda mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang ditentukan oleh mereka sendiri. Titah ini telah dikomen oleh Melissa sehingga mencetuskan bantahan orang ramai dan berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat.

Tangkapan dibuat selepas pihak Polis dan SKMM menerima laporan dari seluruh negara berhubung kenyataan berbentuk penghinaan ke atas titah Seri Paduka Baginda sempena Hari Keputeraan Baginda. Selain daripada itu pihak Polis juga sedang membuat siasatan lanjut terhadap empat lagi individu yang merupakan kenalan facebook  Melissa yang turut memberikan komen berbentuk penghinaan. Mereka yang dicari adalah Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam kenyataannya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung empat individu berkenaan supaya menghubungi Rakan Cop Polis Kontijen Kuala Lumpur di talian 03 21159999 atau datang kemana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

SKMM dalam kenyataannya pula memaklumkan Melissa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948. SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen yang mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja negara ini.

Sumber :- theSun / Berita Harian / Mazidulakmal.com

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim Mendapat Ugutan Bunuh


09 Jun 2013, Ahad :-


Semalam Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang merupakan seorang kerabat diraja Kedah dan juga merupakan bekas Naib Pengerusi DAP (Democratic Action Party) telah membuat laporan polis berhubung satu ugutan bunuh terhadap beliau. Menurut Tunku Abdul Aziz, pada hari Jumaat 07 Mei 2013 lebih kurang jam 22:10hrs  beliau telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali melalui telefon bimbit.  Lelaki berkenaan berkata "I Will Kill You" (Saya akan bunuh awak) dan terus memutuskan talian apabila beliau bertanya siapakan individu berkenaan. 

Kerana bimbang akan keselamatan keluarganya, beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam. Dalam kenyataannya, Tunku Abdul Aziz memaklumkan bahawa beliau tidak mahu menuduh sesiapa tetapi percaya iannya ada kaitan dengan kelantangannya mengkritik DAP khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 05 Mei lepas.

Diantara kenyataan Tunku Abdul Aziz kepada pemberita selepas membuat laporan polis :-
  • Perbuatan tersebut hanya beberapa saat.  Saya cuba bertanya siapa dia tetapi lelaki itu terus memutuskan talian.  Saya risau tentang keselamatan keluarga dan mengambil keputusan membuat laporan polis.
  • Saya sangat pasti, kejadian ini bermotifkan politik kerana sejak akhir-akhir ini saya bukan sahaja dikritik tetapi diarah tutup mulut. 
Walaupun mendapat ugutan bunuh seperti ini iannya tidak mematahkan semangat beliau dan  beliau memaklumkan tidak akan berhenti membuat komen berhubung isu politik dalam Malaysia. Pada 17 Mei 2013 beliau mendedahkan kepada umum bahawa Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin dalam e-mailnya pernah membayangkan demonstrasi Bersih 3.0 adalah permulaan Malaysia Spring. Selain daripada itu beliau juga dengan lantangnya mendesak pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap Read Bean Army yang merupakan tentera siber DAP yang giat menabur fitnah sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni dikalangan rakyat. Selain daripada itu, beliau mendedahkan bahawa DAP gagal memaklumkan kepada 743 ahlinya bagi menghadiri pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEDC) parti berkenaan pada 15 Disember 2012 lepas. 

Menurut pihak polis, kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengugut.


Sumber :- Kosmo

3 Raja Permaisuri Agong Berhijab. Semuga akan berterusan begini Hendaknya...Amin!!

13 Jun 2013, Khamis :- 

Berhijab adalah satu kewajipan bagi kaum wanita dan merupakan satu ibadah dimana seorang wanita yang berhijab bermakna dia telah melaksanakan perintah Allah seperti mana bersolat dan berpuasa. 

Allah  berfirman :
Artinya : ‘Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ [Qs. al-Ahzab : 59].

Allah  berfirman:
Artinya : ‘Hai anak Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian takwa itulah yang paling baik.’ [Qs. al-A'raaf 26]

Tahukah anda bahawa terdapat tiga orang Raja Permaisuri Agong yang berhijab sewaktu memegang jawatan berkenaan apabila paduka suami baginda  dilantik sebagai Ketua Negara iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Secara kebetulan, ketiga-tiga mereka ini pada asalnya bukan dari keluarga Diraja.  

Raja Permaisuri Agong pertama yang berhijap adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman, Raja Permaisuri Agong Ke-11.  Baginda berada diatas singahsana negara pada 26 April 1999  sehingga 21 November 2001 dan tidak sempat menghabiskan tempoh perkhidmatan baginda selama lima tahun berikutan kemangkatan paduka suami baginda.

Lima tahun kemudian sekali lagi Raja Permaisuri Agong yang memakai hijab berada diatas singahsana negara iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah binti Adil Bakeri dan sempat menghabiskan tempoh lima tahun lantikan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong Ke-13 bermula 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.  

Manakala yang terakhir sekali setakat ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang berada diatas singahsana negara mulai 13 Disember 2011 hingga kini.  pada mulanya baginda tidak berhijab tetapi setelah kembali dari mengerjakan ibadat haji pada tahun 2012, baginda telah memakai hijab. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Ke-14.

Shukur Alhamdulillah...........Amin.

Sumber : Bernam 

Sultan Selangor Ziarahi Makam Diraja Kota Melawati

14 Jun 2013, Jumaat :-

Baru-baru ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenaan menziarahi Makam Diraja Kota Melawati di Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor.  Didalam makam ini terdapat tiga orang Sultan Selangor dimakamkan iaitu Sultan Selangor Pertama, Almarhum Sultan Salahuddin Shah (Raja Lumu) yang memerintah pada 1745 hingga 1778 ; Sultan Selangor Kedua, Almarhum Sultan Ibrahim Shah yang memerintah pada 1778 hingga 1826 dan Makam Sultan Selangor Ketiga, Almarhum Sultan Muhammad Shah yang memerintah pada 1826 hinggan 1857. Turut serta mengiringi baginda adalah Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ; Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi dan kerabat diraja Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj merupakan Sultan Selangor ke-9 menaiki tahta sebagai Sultan Selangor pada 21 November  2001 dan memerintah hingga sekarang.
Sumber :- Selangor Kini