Sunday, 23 June 2013

Raja-Raja Melayu adalah Keturunan Nabi Muhamad saw


Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu menganggap raja adalah keturunan atau penitisan dewa. Orang tak berani melawan raja kerana "daulat", takut terkena "tulah". Hal ini mengukuhkan institusi raja.


Hikayat Merong Mahawangsa pula menyatakan raja Kedah yang pertama berasal daripada keturunan Raja Gameron (moden: bandar Abbas) di Parsi. Sehinggalah kini, keturunan Maharaja Derbar Raja (tak tau pulak nama Parsi dia macam mana..) menjadi raja Kedah. Menurut buku ini lagi, Derbar Raja berasal dari keturunan Zulkarnain. Ada juga kisah geroda disumpah Nabi Sulaiman dsb.

Sejarah Melayu juga merekodkan bahawa Parameswara berasal daripada Keturunan Iskandar Zulkarnain yang berasal dari Macedonia.

Fakta-fakta kontemporari menunjukkan bahawa Zulkarnain tersebut bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran seperti yang didakwa Tun Sri Lanang. Iskandar Zulkarnain (Alexander the Posser of Two Horn), bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran, kemungkinan besar merujuk kepada Cyrus the Great.

Kedua-dua buku dikarang selepas kedatangan Islam.

Kita tinggalkan dulu keturunan raja-raja Melayu ini dan fokus pada 4 Raja Melayu yang BARANGKALI (saya tak kata "pasti") merupakan keturunan Nabi Muhammad melalui anak-anak Fatimah Azzahra dan Ali iaitu Hassan dan Hussain. Dan bukan pula niat saya untuk meneruskan penghormatan ekstrem terhadap raja-raja apabila menggariskan keturunan mereka kepada Nabi Muhammad SAW seperti zaman feudal Melayu. Artikel ini sekadar perkongsian. Saya tak percaya pada daulat dan tulah, dan mungkin boleh dikatakan kehilangan ketaatan ekstrem kepada raja.

Baiklah, kita lanjutkan kepada isu hari ini. Seperti yang kita tau, "Syed" merupakan gelaran hormat untuk keturunan Hussain. Terdapat seorang raja Melayu yang memakai gelaran "Syed" pada namanya, iaitu raja Perlis. Kemungkinan besar baginda adalah keturunan Hussain bin Ali, cucu Nabi Muhammad SAW.

Lalu, yang mana 3 orang lagi? Hanya ada 1 raja Melayu yang memakai gelaran "Syed"~!

Yang tiga orang lagi merupakan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid. Korang mesti pernah dengar nama ni dalam buku sejarah. Dia Bendahara Sri Maharaja yang terkenal. Beliau merupakan Bendahara Johor sewaktu Sultan Mahmud Syah II.

Sultan Mahmud Syah II terkenal dengan nama Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, mangkat tanpa waris yang sah. Anak Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Tun Habib menggantikan Sultan Mahmud Syah II sebagai sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II. Putera sulung Tun Habib ini merupakan pengasas Dinasti Bendahara dalam Empayar Johor.

Dengan beranggapan Sultan Ali adalah sah, sebanyak 8 keturunan Sultan Abdul Jalil melalui Dinasti Bendahara menjadi Sultan Johor hinggalah pepecahan Empayar. Dinasti Bendahara kekal sebagai Sultan di Riau-Lingga manakala Dinasti Temenggung mengambil alih Kesultanan Johor.

Tetapi masih saja Sultan Johor berketurunan Tun Habib. Hal ini adalah kerana Kerabat Temenggung berasal daripada keturunan salah seorang anak Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II, Tun Abbas - bukan anak gahara Sultan. Keturunan Tun Abbas jugalah yang menjadi Bendahara Pahang, sebelum Bendahara Pahang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Empayar Johor dan menubuhkan kesultanan sendiri.

Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama merupakan anak kelima Bendahara Tun Habib.

Maka, dapat disimpulkan bahawa, Sultan Terengganu, Sultan Pahang, dan Sultan Johor moden merupakan keturunan Tun Habib. Apa signifikannya keturunan Tun Habib?

Moyang Tuh Habib adalah seorang ulama immigran Arab Hadrami, Sayyid Abdullah Al-Aidrus. "Habib" merupakan varians bagi "Syed" di Aceh.

Sayyid Abdullah Al-Aidrus merupakan keturunan Sayyid Abu Bakar Al-Aidrus, yang dianggap Wali bagi penduduk Adan. Abu Bakar Al-Aidrus merupakan keturunan Ja'afar al-Sadiq.

Ja'afar al-Sadiq adalah pengasas Mazhab Ja'afari Syiah, salah seorang Imam 12 bagi Syiah, guru kepada Al-Jabir (Bapa Kimia Moden), Imam Hanafi, Imam Malik (Kalau tak kenal dua orang ni tak tau la) dan Wasil bin Ata' (pengasas Mu'tazillah).

Jaafar al-Sadiq merupakan keturunan ke 6 Ali bin Abi Thalib melalui Hussain.

Apabila mengkaji keturunan raja-raja Melayu, sangat jelas sekali bahawa Sultan Johor, Pahang dan Terengganu merupakan keturunan paternal Hussain dan tidak terputus. Sultan Perlis, memang 100% keturunan Sayyid. Keturunan Tun Habib menggugurkan gelaran "Habib" mereka ketika waktu itu, Aceh sedang berperang dengan jiran tetangganya. Memakai gelaran "Habib" (iaitu varians "Syed" di Aceh) boleh menimbulkan prasangka.

Tun Suzana Tun Haji Othman dan Haji Muzaffar Dato' Haji Mohamad yang membuat kajian mengenai "Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w. dan Kesultanan Melayu" terbitan Crescent News (KL) Sdn Bhd, 2006; telah mengemukakan bukti salasilah keturunan kerabat DiRaja Perlis, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan Tunku Besar Tampin yang bersusur galur daripada keturunan Rasulullah s.a.w. melalui cucu kesayangan baginda iaitu Hasan dan Husin. Lihat rajah di bawah

Maka bertepatanlah sekiranya Raja-Raja Melayu ini ditumpahkan kesetiaan yang setara dengan kemuliaan keturunan Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan Raja-Raja Melayu dalam Perkara 32, 38 dan 181.

Ingatlah bahawa penarikan imuniti Raja-Raja Melayu (pindaan 1993) hanyalah termaktub atas sifat peribadi baginda semata-mata, iaitu seandainya baginda berbuat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang; itupun baginda hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Khas (Perkara 181) dan bukannya di mahkamah biasa seperti kita. Perkara ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. "Jika Fatimah mencuri, maka akan ku potong tangannya."

Akan tetapi, sekiranya Raja-Raja Melayu bertindak dalam bidang kuasa tugas rasmi baginda, maka Raja-Raja Melayu mempunyai kekebalan serta imuniti sebagaimana yang disahkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kepada Rakyat Raja khususnya anak-anak Melayu, ingatlah bahawa PERJANJIAN yang termeterai antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba itu bukannya dibuat untuk suka-suka. Indonesia sudah terkena tulahnya. Jangan pula kita bawa budaya derhaka yang sama di negara penuh rahmat yang bernama Malaysia ini.

Apapun, saya setia pada raja bukan kerana mereka keturunan Nabi melainkan kerana mereka masih saja melaksanakan ajaran Islam dan sunnah Nabi. Jikalau mereka kehilangan hal ini, tak kiralah apa pun keturunan mereka, pasti saya tidak akan setia pada mereka. Saya menyeru kepada orang Melayu untuk kembali setia pada raja kita, selagi mana mereka berlaku adil.

Semoga Allah memberkati Muhammad dan Keluarga Muhammad, Semoga Allah memberkati Ibrahim dan Keluarga Ibrahim. Semoga doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Fatimah dan Ali itu termakbul... Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga Allah memberkati aku juga.

Hadith Rasulullah saw berkenaan pemerintahan Beraja

"Tujuh macam orang, yang Allah swt telah berjanji akan melindungi mereka di bawah perlindunganNya, di masa tidak ada perlindungan, kecuali perlindungan Allah, pertama; raja yang adil..." (HR Syaikhan)

"Dunia itu perbendaharaan yang hadir, yang memakan daripadanya orang baik dan orang yang durhaka, dan akhirat itu perjanjian yang benar, menghukum padanya raja yang adil, membenarkan yang benar dan membatalkan yang batal, maka hendaklah kamu menjadi anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia, maka sesungguhnya tiap-tiap ibu mengikuti akan dia anaknya." (HR Muslim)

"Apabila Allah menghendaki akan kebaikan dengan raja, Allah menjadikan baginya wazir (perdana menteri) yang baik (jujur), jika ia lupa, wazirnya akan memberi peringatan padanya, dan jika dia ingat, wazirnya akan menolongnya. Dan apabila Allah menghendaki dengannya selain demikian, Allah menjadikan wazirnya yang jahat, apabila raja lupa, tidak ada yang mengingatkannya, dan apabila raja ingat, tidak ada yang menolongnya." (HR Nasa'i)

"Adil itu baik, tetapi raja-raja lebih baik berlaku adil. Pemurah itu baik, tetapi orang-orang kaya lebih baik pemurah, wara' itu baik, tetapi ulama-ulama lebih baik baik mempunyai sifat wara' (menjauhkan dirinya dari dosa), sabar itu baik, tetapi orang-orang miskin lebih baik bersabar. Taubat itu baik, tetapi orang-orang muda lebih baik bertaubat. malu itu baik, tetapi wanita-wanita lebih baik mempunyai sifat-sifat malu." (HR Dailamy)

"Sultan adalah payung Allah di bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang yang lemah, memberi pertolongan terhadap orang-orang yang teraniaya. Barangsiapa yang memuliakan Sultan Allah di dunia ini, Allah akan memuliakannya pada hari Qiamat." (HR Ibnu An-Najjar)

"Sultan yang adil dan merendahkan diri adalah payung dan tombak Allah di dunia. Allah akan mengangkatnya sebagai 70 orang-orang yang benar." (HR Ibnu Abi Syaibah)

"Dua golongan, apabila baik mereka, maka baiklah masyarakat; iaitu umarak dan ulama." (HR Abu Nuaim)

Pendapat Ulama Tentang Kelebihan Institusi Beraja Islam

Al Imam Ghazali memberikan pendapatnya mengenai raja dan agama seperti maksud berikut;

"Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam bagi akhirat, maka tiadalah sempurna agama itu melainkan dengan adanya dunia. Raja dan agama ialah umpama dua anak kembar, agama itu ialah asal dan akar umbi, dan raja itu ialah pengawal. Sesuatu yang tidak mempunyai asal dan akar umbi pasti akan roboh dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal pasti akan hilang. Kerajaan dan kepastian hukum tidak akan sempurna melainkan adanya Sultan. Dan jalan kepastian hukum untuk menyelesaikan perkara pemerintahan adalah dengan Ilmu Feqah."

Syeikh Baihaqi meriwayatkan daripada Kaab al-Ahbar yang bermaksud;

"Sesungguhnya bagi setiap zaman itu ada Raja yang dibangkitkan Allah ke atas hati para manusia zaman itu, maka apabila Allah menghendaki kebajikan untuk mereka (rakyat), Allah akan membangkitkannya sebagai pembawa kebajikan, dan apabila Allah bertujuan untuk membinasakan mereka, Allah akan membangkitkan orang mewah daripada kalangan mereka."

Bongkar Penyelewengan Dan Ketidaktelusan DAP

June 20, 2013   ·   34 Comments
AGM DAP
DAP telah membuktikan bahawa parti mereka penuh dengan tipu muslihat dan kejahatan. Hanya penipu saja yang selalu syak orang lain juga penipu sepertinya. Selama ini DAP mendabik dada kononnya mereka sebuah parti yang telus dan bebas rasuah. Mereka menuduh UMNO dengan bermacam-macam fitnah untuk membunuh UMNO. Namun akhirnya kebenaran yang cukup pahit buat penyokong DAP telah terbongkar.

Penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan CEC DAP begitu  teruk lalu mereka mencipta alasan kononnya  kesilapan sewaktu pengiraan berlaku disebabkan oleh kelalaian pegawai yang bertugas ketika mengira undi. Pemilihan CEC juga telah dibantah oleh lebih 700 ahlinya sendiri.  Mereka telah dinafikan hak untuk mengundi. Tembelang dan kediktatoran DAP telah terbukti namun pemimpin DAP masih cuba bersilat untuk mengaburi mata rakyat dengan segala putar belit dan pembohongan mereka.

Sementara itu satu lagi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) DAP Pandan telah dijalankan dalam keadaan tergesa-gesa di sebuah restoran. Mesyuarat tersebut gagal mengikut perlembagaan parti walaupun dihadiri beberapa pemimpin mereka. Antara yang hadir ialah Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok; Ketua Publisiti DAP, Tony Pua; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kg. Tunku, Lau Weng San dan ADUN Teratai, Tiew Wey Keng.

DAP telah melanggar perlembagaan parti apabila gagal menjemput semua ahli DAP yang terlibat  ke AGM tersebut, Malah cawangan Taman Sri Muda juga tidak menerima surat jemputan rasmi, sebaliknya dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. Dan yang amat penting adalah AGM tersebut berjalan dalam keadaan tidak cukup korum. Sebanyak sembilan cawangan dalam kawasan Pandan telah hadir AGM tersebut, namun dua daripadanya dipercayai tidak cukup korum dan tidak dapat mengundi. Menurut sumber AGM itu dipercayai bagi ‘mencantas’ cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.

Jelas di sini DAP sememangnya sebuah parti yang penuh dengan tipu muslihat keji yang cuba berselindung disebalik kononnya sayangkan Negara telus, ikhlas dan bebas rasuah. Segala muslihat DAP akan dibongkar satu persatu. Rakyat akan tahu akan agenda sebenar mereka dan nilai parti mereka yang terlalu keji sememangnya tidak layak memimpin rakyat di mana-mana bumi Negara kita.
By 
Tags: 

Gerakan Hina Agung Dan Raja-raja Melayu Secara Tersusun

June 2, 2013   ·   44 Comments
hina agung

Bangsa Cina terus menghina Raja-raja Melayu dan Yang dipertuan Agung secara terbuka kerana mereka merasakan mereka sudah cukup kuat dan undang-undang negara yang telah dikuasai oleh pembangkang tidak mampu berbuat apa-apa terhadap mereka. Hasutan melampau dari DAP yang berfahaman ala komunis merupakan penyumbang terbesar kebiadapan ini.  Sesungguhnya mereka ini sejak dari mula amat memusuhi Raja-raja Melayu kerana ini adalah faktor besar yang menghalang penaklukan dan rampasan kuasa yang sepatutnya berlaku dengan mudah.

Gerakan untuk membentuk keberanian majoriti bangsa Cina menentang Raja-raja Melayu secara terbuka telah dijalankan secara tersusun . Gereja-gereja yang dikuasai oleh DAP telah menghasut penganut Kristian hampir setiap minggu sejak tahun 2008 lagi. Begitu juga suratkhabar The star telah menyediakan kolum khas untuk pemimpin DAP menghasut secara halus.  Gerakan menghasut secara halus dalam akhbar The Star telah disokong secara tidak langsung oleh pemimpin MCA. Ini amat jelas kerana akhbar The Star dimiliki oleh MCA dan penghasutan oleh pemimpin DAP dalam akhbar tersebut bukan satu rahsia malahan banyak blog telah membongkar agenda hasutan ini.

Malahan Redbean Army yang telah dibentuk oleh DAP  menjalankan kerja hasutan secara berterusan dan cukup vokal dalam media social. Mereka ini telah sampaikan maklumat yang berbentuk hasutan ini terutamanya kepada bangsa Cina yang begitu selesa berbahasa Inggeris.  Para facebookers Melayu kebanyakkannya hanya mampu sampaikan informasi kepada bangsa Melayu sahaja yang berkomunikasi dalam bahasa Malaysia.

Rata-rata bangsa Cina yang beragama Kristian dapat menyampaikan kebencian mereka terhadap yang Raja-raja Melayu ini dengan begitu fasih dan lancar  sekali seolah-olah mereka merupakan robot yang telah didoktrinkan untuk menyampaikan kebencian terhadap Raja-raja Melayu.  Mereka bukan sahaja membawa kebencian ini dalam diri. Mereka ini bergerak dengan misi untuk memastikan seluruh bangsa Cina membenci Raja-raja Melayu.

Insiden terbru melibatkan sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu. Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan malam tadi sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri. Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook.

Sebelum ini seorang pemuda Cina telah menunjukkan isyarat lucah terhadap Permaisuri Agung di Lapangan Terbang Bayan Lepas  Pulau Pinang. Beberapa orang pemimpin pembangkang pernah mempersendakan Yang Dipertuan Agong dalam satu majlis istiadat rasmi.

RANCANGAN "BESAR" BLACK505 SEBENAR TERDEDAH!

Friday, 21 June 2013

RANCANGAN "BESAR" BLACK505 SEBENAR TERDEDAH!

-SEMUA PERANCANGAN MENGENAI PERHIMPUNAN TERSEBUT TELAH DIBINCANGKAN DALAM SATU MESYUARAT DIANTARA PEMIMPIN PEMBANGKANG D IBU PEJABAT PKR DI TROPICANA, DAMANSARA , PETALING JAYA DUA HARI LEPAS TERDEDAH/DIDEDAHKAN! FUH! BAEEEK PUNYA PLANNING! KEKEKE!!!-

Kemuncak perhimpunan 'Blackout 505' pada Sabtu ini adalah untuk mengadakan demonstrasi jalanan ala Occupy Padang Merbok sebelum peserta himpunan itu bergerak ke bangunan Parlimen pada Isnin depan bagi mengganggu upacara pembukaan sidang Dewan Rakyat.

Menurut sumber Pakatan Rakyat, sasaran pembangkang adalah untuk mengumpul kira-kira 500,000 orang hadir pada perhimpunan itu bagi menjayakan agenda Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Blackout 505 bukanlah bermatlamat untuk membantah keputusan PRU-13 tetapi ada agenda yang lebih besar kononnya bagi mempamerkan kuasa rakyat.

"Selepas tamat perhimpunan itu, ahli dan penyokong PKR, PAS dan DAP serta gerakan mahasiswa telah diarahkan supaya tidak bersurai, sebaliknya mereka akan berkhemah sekitar Padang Merbok," kata sumber dalam laporan AP.

Menurutnya, setiap kumpulan juga akan dibekalkan dengan khemah dan makanan, termasuk minuman, yang cukup untuk bertahan selama tiga hari.

Sumber itu berkata, atas alasan berkenaan penganjur perhimpunan itu tetap mahu mengadakan demonstrasi mereka di Padang Merbok dan bukannya di Stadium Merdeka kerana ia merupakan lokasi yang strategik.

Tolak lokasi alternatif

Sebelum ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis telah menawarkan beberapa lokasi alternatif seperti di Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka dan Taman Rekreasi Air Panas di Setapak, tetapi terus ditolak.

"Mereka berdegil dan tidak mahu ikut arahan polis dengan alasan akan menghadapi kesukaran jika mengadakan perhimpunan itu di stadium.

"Padang Merbok dipilih kerana lebih luas dari Dataran Merdeka serta tidak tertutup, itu alasan sebenarnya dan mudah bagi mereka berarak ke bangunan Parlimen," katanya.

Menurut sumber itu lagi, pihak penganjur dengan bijak memilih lokasi strategik bagi berkumpul kerana tindakan itu dilihat mampu melumpuhkan pergerakan lalu lintas di seluruh ibu negara dan mencetuskan rasa panik dikalangan warga kota.

"Pada perhimpunan Sabtu ini, peserta dikehendaki berkumpul di tujuh lokasi iaitu Brickfields, Universiti Malaya, Jalan Pudu, Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo dan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut serta Pekeliling sebelum bergerak bersama pemimpin mereka ke Padang Merbok.

"Sebenarnya lokasi perhimpunan itu hanya sebagai tanda sahaja kerana matlamat pembangkang ialah mahu menawan jalan raya bagi tujuan menghuru-harakan kerajaan seperti pernah berlaku di Tunisia sebelum ini," katanya.

Cuci tangan

Sumber itu juga memberitahu agenda pembangkang bukan untuk mengambil alih kerajaan tetapi mendesak pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.

Menurut beliau, semua perancangan mengenai perhimpunan itu dibincangkan dalam mesyuarat antara pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Petaling Jaya, pagi semalam.

Antara yang hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khalid  Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Naib Presiden PKR Tian Chua, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, aktivis propembangkang Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang Adam Adli Abdul Halim.

Difahamkan, satu lagi mesyuarat membincangkan isu sama juga telah diadakan di tempat sama semalam.

Selain itu, katanya, semua pemimpin yang hadir pada mesyuarat semalam, secara automatik adalah urus setia bagi perhimpunan itu dan anggota unit amal bersedia mengambil alih tugas memberi arahan kepada peserta sekiranya ada tangkapan terhadap ahli jawatankuasa nanti.

Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia yang memetik sumber juga berkata, selain mengadakan perhimpunan haram, ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut akan dibekalkan khemah bagi membolehkan mereka bermalam dan meneruskan bantahan sehingga Isnin depan di lokasi yang belum ditentukan.

Beliau berkata, semasa perhimpunan nanti, pemimpin pembangkang yang hadir akan memberi mandat bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.

"Selepas itu, mereka akan 'cuci tangan' dan tiada arahan bersurai akan diberikan kononnya bagi membolehkan peserta perhimpunan mengambil tindakan selanjutnya sedangkan ia taktik bagi mengelak pemimpin pembangkang terlibat dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini nanti," katanya.

Sementara itu, polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang dipetik dalam AP sebagai berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

"Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di Ipoh, Perak semalam.

-UnReportedNews™®

PAKATAN TERDESAK UNTUK HAPUSKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU.



Akhbar The Sun pada 6 Jun 2013 (di muka surat 6) telah melaporkan bahawa Pakatan Rakyat telah menyenaraikan tiga tuntutan berkenaan dengan pembaharuan yang melibatkan pilihan raya yang akan dikemukakan semasa perhimpunan “Black505” di Padang Merbok pada 15 Jun ini.

Tiga tuntutan tersebut adalah seperti yang berikut:

(a)         peletakan jawatan serta-merta anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);

(b)         pilihan raya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti; dan

(c)         menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya  sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.

PERUNTUKAN UNDANG-UDANG MENGENAI ISU YANG DITIMBULKAN
1.      Peletakan jawatan serta merta anggota SPR

Anggota-anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Perkara 114 juga, seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya.

Oleh yang demikian, jelas peletakan jawatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat oleh anggota SPR itu sendiri dengan rela hati tanpa apa-apa gesaan daripada mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun seseorang anggota SPR itu boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat:

(a)         melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu adalah seorang bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; atau

(b)         melalui suatu Tribunal yang ditubuhkan (alasan dan mengikut  cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan).

Walau bagaimanapun jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan Kerajaan maka suatu Tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

2.      Pilihan Raya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya. Oleh yang demikian sehingga pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah maka pilihan raya tidak boleh diadakan semula di 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti  itu.

Bagi PRU 13, tarikh akhir untuk memfailkan petisyen pilihan raya ialah 12 Jun 2013.

3.      Menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.

Fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat lat tempoh 8 tahun dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir dijalankan.

Bagi maksud itu, kajian semula yang terakhir dijalankan ialah pada 21 Mac 2003. Ini bermakna lat 8 tahun akan bermula selepas 21 Mac 2011. Kajian tersebut tidak wajar dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.  Maka apa-apa kelengahan apatah lagi terus diberhentikan atas alasan ingin melantik anggota-anggota SPR yang baru tersebut bukanlah merupakan alasan yang kukuh dan munasabah.

Rakyat Diingat Mengenai Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2009 (Bernama) -- Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah pada Khamis mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :

* Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

* Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

* Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Saraak).

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.

Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi."

"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya ada kalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.

"Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda.

Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.

"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah.

Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.

-- BERNAMA 

Wasiat Raja-raja Melayu

Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .

7 wasiat [sunting]

  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganangtasik dan hutan simpanTANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).[1]

Peringatan Raja Nazrin Shah [sunting]

Wasiat sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.
Raja Nazrin Shah telah merujuk kepada :
Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.