Sunday, 23 June 2013

Fakta Kenapa PAS Disingkirkan Dari UMNO

UCAPAN Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (Tun Hussein Onn)  pada Disember 1977.

"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. 

Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. 

Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional. 

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. 

UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. 

Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu. 

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. 

Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. 

Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS. 

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. 

Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. 

Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya. 

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. 

Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. 

Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. 

Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. 

Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen. 

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. 

Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. 

Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya. 

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. 

Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. 

Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan. 

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. 

Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja. 

Lebih pendek adalah lebih baik. 

Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. 

Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO. 

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. 

Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu. 

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. 

Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. 

Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. 

Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat. 

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. 

Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. 

Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. 

Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya. 

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. 

Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. 

Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini. 

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. 

Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik. 

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. 

Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri. 

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. 

Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. 

Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. 

Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan. 

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. 

Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri. 

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. 

Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. 

Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. 

Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar. 

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. 

Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. 

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. 

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. 

Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan. 

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO. 

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. 

Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita. 

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? 

Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? 

Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain? 

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. 

Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. 

Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

KEWAJIPAN UMAT ISLAM UNTUK PATUH KEPADA PEMERINTAH.

Menurut Abu Yaala; "Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggung jawabnya terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat terhadap pemerintah dua perkara; taat dan menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan wajib taat kepada pemerintah adalah seperti berikut:

Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat."

"Kamu akan diperintah olek pemerintah-pemerintah selepas aku; yang baik akan memerintah kamu dengan kebaiknannya dan yang tidak baik akan memerintah kamu dengan keburukannya, maka hendaklah kamu dengar dan taat kepada mereka pada setiap perintah yang sesuai dengan kebenaran; sekiranya mereka melakukan kebaikan, maka kebaikan itu bagi kamu dan bagi mereka; tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan, maka kamu akan beroleh kebaikan, tetapi mereka akan menerima akibat kejahatan yang mereka lakukan." (Hadis ini disebut oleh AI-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniah dari riwayat Abu Hurairah).

"Sesiapa yang menarik kesetiaannya kepada pemerintah, ia menemui Allah tanpa sebarang hujah, sesiapa yang mati tanpa kesetiaan kepada pemerintah, mati ia seperti dalam jahiliah (maksiat)". (Riwayat Muslim)

"Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya sekiranya mereka memerintahkan kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranKu, maka mereka akan diberi pahala dan kamu juga akan diberi pahala kerana mentaati mereka; sekiranya mereka memerintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranKu, maka dosanya ditanggung oleh mereka dan kamu terselamat dari dosa." (Riwayat Al-Tabari)

"Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruhkan kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kami mengikut mereka". (Riwayat Al-Tabrani)

Inilah nas-nas Al-Quran dan Hadis yang mewajibkan umat yang mentaati pemerintah Islam (Waliyullah Amri). Abu Hurairah mentafsirkan perkataan ulil amri dalam ayat 59 Surah An-Nisa' di atas sebagai 'golongan pemerintah' (Tafsir Al-Tabari).

Prinsip ketaatan kepada pemerintahan ini sangat penting dalam Islam, kerana kehidupan umat serta peraturan-peraturan yang dibawa oleh Islam "tidak akan dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintah yang ditaati" (Imam al-Ghazali, al-Iqtisad dan Fi al-I'tiqad). Kerana itu mentaati ketua negara adalah "sebahagian dari asas-asas utama bagi syariat Islam yang suci dan benar ini" (al-Absyihi al-Mustatraf).

Bertolak dari prinsip ini jugalah, maka perbuatan mencabar pemerintah yang sah sehingga membawa kepada perpecahan masyarakat yang boleh memecahkan perpaduan dan melemahkan umat, adalah merupakan kesalahan yang dipandang berat oleh agama, seperti yang tersebut dalam sebuah hadis:

"Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh." (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'I)

Kenapa Kita Orang-Orang UMNO Masih Menyokong BN?

Ramai yang bertanya kenapa kami suka sangat dengan UMNO/BN dan berikut adalah jawapan ikhlas dari kami dengan merujuk ayat2 Al-Quran..

Antara sebab2 kenapa kita org2 BN/UMNO masih memilih BN/UMNO adalah kerana di dalam BN, ketua negara @ PM yang dipilih masih beragama Islam dan ianya masih mengikut kehendak Al-Quran berdasarkan Firman Allah seperti berikut :-

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan Allah untuk menyiksamu?” (Surah An-Nisa’, Ayat 144)..

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir dari iman. Barangsiapa mengangkatnya menjadi pemimpin dari kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim”. ( Surah At-Taubah, ayat 23)

“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian dari mereka. Barang siapa di antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim” ( Surah Al-Maidah, ayat 51)

Dan kenapa pula kita org2 UMNO tidak boleh sokong PAS atau PKR? Jawapannya kerana jika kita undi kedua parti ini, dan jika ditakdirkan mereka menang maka mereka akan melantik pemimpin2 DAP (kafir) untuk menjadi Perdana Menteri @ ketua negara..oleh itu segala hal berkaitan agama Islam akan diputuskan oleh Perdana Menteri kafir dari DAP..oleh sebab itu lah kita tetap memilih UMNO!!!!

Puak Pakatan Rakyat kata mereka pilih PAS/PKR sebab pemimpin UMNO tidak melaksanakan hukum Islam. Tapi dalam Islam tidak mensyaratkan bahawa jika pemimpin tidak melaksanakan hukum Islam maka kita perlu melawan pemerintah tersebut..dalam Al-Quran pun terang2 sudah menyatakannya..

Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat."

"Kamu akan diperintah olek pemerintah-pemerintah selepas aku; yang baik akan memerintah kamu dengan kebaiknannya dan yang tidak baik akan memerintah kamu dengan keburukannya, maka hendaklah kamu dengar dan taat kepada mereka pada setiap perintah yang sesuai dengan kebenaran; sekiranya mereka melakukan kebaikan, maka kebaikan itu bagi kamu dan bagi mereka; tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan, maka kamu akan beroleh kebaikan, tetapi mereka akan menerima akibat kejahatan yang mereka lakukan." (Hadis ini disebut oleh AI-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniah dari riwayat Abu Hurairah).

"Sesiapa yang menarik kesetiaannya kepada pemerintah, ia menemui Allah tanpa sebarang hujah, sesiapa yang mati tanpa kesetiaan kepada pemerintah, mati ia seperti dalam jahiliah (maksiat)". (Riwayat Muslim)

"Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya sekiranya mereka memerintahkan kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranKu, maka mereka akan diberi pahala dan kamu juga akan diberi pahala kerana mentaati mereka; sekiranya mereka memerintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranKu, maka dosanya ditanggung oleh mereka dan kamu terselamat dari dosa." (Riwayat Al-Tabari)

"Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruhkan kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kami mengikut mereka". (Riwayat Al-Tabrani)

Inilah nas-nas Al-Quran dan Hadis yang mewajibkan umat yang mentaati pemerintah Islam (Waliyullah Amri). Abu Hurairah mentafsirkan perkataan ulil amri dalam ayat 59 Surah An-Nisa' di atas sebagai 'golongan pemerintah' (Tafsir Al-Tabari).

SOKONG PAS & PKR = SOKONG DAP (PARTI KAFIR HARBI)!!!

Bolehkah DAP keluarkan Pulau Pinang Dari Malaysia?

 Pada 16 hari bulan Sya’ban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.

Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat lnggeris, telah mengikat Perjanjian keamanan dan persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeri, untuk hidup aman damai di laut dan di darat, supaya berkekalan selagi matahari dan bulan bercahaya: Perkara-perkara Perjanjian adalah seperti berikut:

Perkara I
Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah enam ribu Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan bersetuju bahawa segala jenis bekalan yang diperlukan untuk Pulau Pinang, kapal perang, dan kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa halangan atau dikenakan apa-apa cukai.

Perkara III
Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka.

Perkara IV
Semua orang berhutang yang lari daripada pemiutang mereka, dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahkan kepada pemiutang mereka.

Perkara V
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membenarkan orang Eropah dan mana-mana negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri Baginda.

Perkara VI
Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana-mana orang yang melakukan penderhakaan besar atau pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.

Perkara VII
Semua orang yang melakukan pembunuhan, yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap dan dipulangkan berbelenggu.

Perkara VIII
Semua orang yang mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga.

Perkara IX
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membekalkan apa-apa bekalan kepada semua orang yang menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.

Kesembilan-sembilan Perkara ini telah diselesaikan dan diikat, dan keamanan diwujudkan antara Baginda Yang Dipertuan dengan Syarikat Inggeris; Kedah dan Pulau Pinang akan menjadi sebuah Negeri.

Persetiaan ini dibuat dan disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang Dipertuan, dan diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana-mana pihak yang menyimpang daripada apa-apa yang tertulis dalam Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum dan memusnahkannya; tidak akan ada padanya kesejahteraan dan kesihatan.

Meterai Shariff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, diperturunkan pada Perjanjian ini, dengan tandatangan masing-masing.

Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.

Ditandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 hari bulan Mei tahun Masihi 1791.

(Tandatangan)
F. LIGHT

Sejarah Kemerdekaan & Penyertaan Sabah dalam Malaysia

Persekutuan Malaysia

Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.[6] Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah membentuk pentadbiran peralihan sementara bagi bergabung dengan Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa Sabah telah menjadi sebuah negara mahupun merdeka secara hakiki, berikutan ketiadaan pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Penglibatan negeri Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek pentadbiran, politik, sosial dan sebagainya. Sabah terus mengalami pembangunan yang pesat dan seterusnya memasuki era baru yang lagi mencabar sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Tuntutan Filipina keatas Sabah

Pada 12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak keatas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Misuari sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan.

Syarat-Syarat & Persetujuan Dalam Kemerdekaan Sabah.

Perkara 1: Agama
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.


Perkara 2: Bahasa
*. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan bagi Persekutuan
B. Bahasa Inggeris akan terus digunakan bagi tempoh 10 tahun selepas Hari Malaysia
C. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi Borneo (Sarawak & Sabah) bagi segala maksud, Negeri atau Persekutuan, tanpa had masa.


Perkara 3: Perlembagaan
Sementara menerima bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu patut dijadikan asas Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Malaysia harus menjadi dokumen yang benar-benar baru yang dirangka dan dipersetujui dalam cahaya persatuan negeri yang bebas daripada dan tidak seharusnya menjadi satu siri pindaan
kepada satu perlembagaan yang dirangka dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berlainan dalam keadaan berlainan sama sekali. Satu Perlembagaan baru bagi Borneo (Sarawak & Sabah) adalah kursus yang penting.


Perkara 4: Ketua Persekutuan
Ketua Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah) tidak seharusnya layak untuk dipilih semula sebagai Ketua Persekutuan.


Perkara 5: Nama Persekutuan
"Malaysia" tetapi tidak "Melayu Raya"


Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo (Sarawak & Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk veto kemasukan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak & Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak & Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakan orang lain daripada orang awam Kerajaan Persekutuan dari bahagian-bahagian lain Malaysia Borneo (Sarawak & Sabah).


Perkara 7: Hak Pemisahan
Seharusnya tidak ada hak untuk menarik diri dari Persekutuan


Perkara 8: Borneanisation
Borneanisation daripada perkhidmatan awam perlu diteruskan secepat mungkin.


Perkara 9: Pegawai British
Setiap usaha perlu dibuat untuk menggalakkan Pegawai British untuk kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang yang berkelayakan dari Borneo (Sarawak & Sabah)


Perkara 10: Kewarganegaraan
Cadangan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold perlu mentadbir hak kerakyatan di dalam Persekutuan Borneo (Sarawak & Sabah) tertakluk kepada pindaan yang berikut:
* A) sub-perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi proviso sebagai hingga lima tahun kediaman
* B) dalam usaha untuk mengikat dengan undang-undang kami, sub-perenggan (ii) (a) hendaklah dibaca "7 daripada 10 tahun" dan bukannya "8 daripada 10 tahun"
* C) sub-perenggan (iii) tidak seharusnya mengandungi apa-apa sekatan yang terikat dengan kewarganegaraan ibu bapa - orang yang lahir di Borneo (Sarawak & Sabah) selepas Malaysia mesti menjadi warganegara persekutuan.


Perkara 11: Takrif dan Kewangan

Borneo (Sarawak & Sabah) harus mengawal kewangan sendiri, pembangunan dan tarif, dan seharusnya mempunyai hak untuk menentukan cukai sendiri dan untuk mendapatkan pinjaman pada kredit sendiri.


Perkara 12: Kedudukan Istimewa Penduduk Asli
Pada dasarnya, kaum pribumi Borneo (Sarawak & Sabah) harus menikmati hak istimewa sejajar dengan apa yang dinikmati oleh Melayu di Malaya, tetapi formula orang Melayu sekarang dalam hal ini tidak semestinya diguna pakai di Borneo (Sarawak & Sabah).


Perkara 13: Kerajaan Negeri
* A) Perdana Menteri sepatutnya dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Mesyuarat Negara
* B) Perlu ada sistem Menteri di Borneo (Sarawak & Sabah).


Perkara 14: Tempoh peralihan
Ini seharusnya menjadi tujuh tahun dan dalam tempoh itu, kuasa perundangan mesti ditinggalkan dengan Negeri Borneo (Sarawak & Sabah) oleh Perlembagaan dan tidak boleh semata-mata diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.


Perkara 15: Pelajaran

Sistem pendidikan Borneo (Sarawak & Sabah) sedia ada perlu dikekalkan dan atas sebab ini, ia perlu berada di bawah kawalan kerajaan.


Perkara 16: perlindungan Perlembagaan
Tiada pengubahsuaian pindaan atau penarikan balik mana-mana perlindungan khas yang diberikan kepada Borneo (Sarawak & Sabah) hendaklah dibuat oleh Kerajaan Pusat tanpa persetujuan positif Kerajaan Negeri Borneo Utara

Kuasa meminda Perlembagaan Negeri Borneo (Sarawak & Sabah) harus dimiliki secara eksklusif kepada rakyat di negeri ini. (Nota: Parti Bersatu, Parti Demokratik dan Parti Pasok Momogun yang menganggap bahawa majoriti tiga perempat akan diperlukan untuk melaksanakan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri manakala UNKO dan USNO dianggap majoriti dua pertiga akan mencukupi).


Perkara 17: Wakil di Parlimen
Ini harus mengambil kira bukan sahaja daripada penduduk Borneo (Sarawak & Sabah) tetapi juga yang merampas dan potensinya di mana-mana kes tidak boleh kurang daripada Singapura.


Perkara 18: Nama Ketua Negara
Yang di-Pertua Negara.


Perkara 19: Nama Negara
Sarawak atau Sabah.

*( Bukan berstatus "Negeri" dalam Malaysia , Sabah dan Sarawak adalah berstatus "Negara" )

Perkara 20: Tanah, Hutan, Kerajaan Tempatan, dll.
Peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan kuasa Majlis Tanah Negara tidak boleh diguna pakai di Borneo (Sarawak & Sabah). Begitu juga, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak perlu memohon di Borneo (Sarawak & Sabah).

Sejauh manakah pentingnya kuasa Raja-Raja Melayu dalam konteks memelihara agama Islam di Malaysia?

Wahai orang2 Melayu yang beragama Islam semua!! di sini ingin saya memberikan sedikit pesanan yang tidak seberapa sebelum kita menghadapi PRU13 nanti..kalau kita sayangkan negara kita ini yang diperintah oleh UMNO (melayu yang beragama Islam), janganlah kita undi Pakatan Rakyat sebab dalam Pakatan Rakyat DAPlah yang kuat berdasarkan kepada jumlah kerusi yg dimenangi DAP..parti kedua terkuat pula adalah PKR..seperti apa yang telah dijelaskan oleh ADC sebelum ni, DAP sudah tentunya dimonopoli oleh kaum cina dan india..begitu juga dengan PKR yang berkongsi dgn calon cina, india dan melayu..di situ kita lihat calon cina dan india akan mengatasi jumlah calon melayu dan itu akan membahayakan negara kita negara Islam..skrg DAP memerlukan undi melayu sekadar untuk memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum..bila Pakatan Rakyat sudah diumumkan menang pilihanraya, maka bermulalah kerja-kerja meminda perlembagaan negara..agama Islam bukan lagi agama rasmi sebaliknya agama Kristian mengambil tempat..masa itu kuasa raja-raja akan dihapuskan secara total untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik..PAS tak boleh kata apa sebab PAS minoriti dalam Pakatan Rakyat..jadi DAP akan menggunakan Anwar untuk menggubal undang2 baru yang memberi banyak kemudahan dan kelebihan pada kaum cina dan india..masa tu kita org Islam sudah hilang kuasa dan tidak boleh lagi bersuara...maka jadilah negara kita seperti Singapura..org melayu tidak boleh bersuara dan jika bersuara maka org melayu akan dikejar sehingga ke lubang cacing dan dibiarkan sampai muflis! melayu sudah hilang kuasa di tanah air sendiri.

Puak PR kata tak apa, kita cuba dulu kalau tak bagus nanti kita bagi kuasa pada BN semula..hahaha ada pulak boleh cuba2 mcm tu? meh sini admin nak bgtau, sekali perlembagaan negara diubah, maka hilanglah kuasa melayu Islam buat selama2nya sama spt di Singapura..mana boleh undur balik? nak pinda semula perlembagaan negara kembali kepada asal? siapa nak sokong, masa tu kuasa dah berada di tangan DAP..anda semua nak mcm tu??

Sekarang ni kuasa raja2 melayu masih ada..apa2 keputusan yang dibuat berkenaan agama Islam mesti mendapat perkenan YDP Agong sebabnya YDP Agong adalah ketua agama Islam..jadi DAP tak boleh override kuasa YDP Agong..kat sini seolah YDP Agong ada kuasa VETO utk memelihara agama Islam..cuba bayangkan kalau DAP hapuskan kuasa raja2, apa jadi pada agama Islam??? sendiri mau fikirlah demi agama kita agama Islam yang tercinta

Saturday, 29 December 2012

Soalan untuk Tunku Dato Iskandar Dzulkarnain dari Saharudin Idris

Shah Azizu has left a new comment on your post "tunku dato iskandar dzulkarnain": 

assalamualaikum...tuanku..patik daripada generasi ke6 tok laut daeng lembok yang berasal dari pahang..patik ingin bertanya..kerana patik mempunyai salah silah 3 beradik daeng lembok ank kpada daeng merah..yg diamanatkn oleh datuk patik idris ahmad ank kpda tok laut..sudah berabat lamanya patik mencari kaum kerabat daeng lembok kemana menhilang..harap tuanku dapt membntu patik..call 0179877240/0179305300 saharudin idris.. 

tuanku patik...ingin bertanya boleh patik tau dimana..keturunan patik iaitu daeng lembok..kerana patik masih lagi menyimpan salasilah tersebut..daeng lembok,daeng mertam,daeng koroh...patik dari generasi ke 6 anak cucu ahmad..anak kpda daeng lembok...call 0179877240/0179305300